in

[VIDEO] Sanggup Ke Bandar Nak Jual Kerepek, Ramai Tersentuh Tengok Warga Emas Tinggal Di Rumah Usang

ft nenek kerepek sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh Hidaya, memaparkan seorang warga emas yang tinggal bersendirian di dalam sebuah rumah yang usang.

Melalui video tersebut, dapat dilihat keadaan rumah yang tak teratur dan keadaan lantai rumah yang sudah pecah, tanpa tikar serta tiada perabot ataupun perabot yang lengkap.


Menurut Hidaya yang juga seorang pemandu e-hailing, warga emas berkenaan menjual keropok di kawasan bandar berdekatan demi mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup.

@nurhidaya89_

Hanya Allah yg tahu perasaan dalam hati time ni.Sedihnya rasa??? Seorang makcik pangkat nenek sudah rasanya yg x kuat berjalan, tggl sendiri dengan keadaan rumah begini.Allahuakbar ? #tawau #tawaukini #pemandugrab

♬ bunyi asal – Hidaya – Hidaya

Difahamkan, Hidaya berasa sebak apabila terserempak dengan wanita tersebut sebelum menawarkan untuk menghantarnya pulang ke rumah.

“Sebak rasa hati ini apabila jumpa mak cik ini. Sepanjang perjalanan hantar balik nangis je. Sampai di rumah, saya pun hantar masuk ke dalam rumah. Mak cik tak kuat jalan tapi masih ada semangat nak menjual keropok.”

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan dalam hati, sedihnya rasa. Seorang mak cik pangkat nenek tinggal dalam keadaan rumah begini,” tulisnya.

Screenshot 10 5 1

Tambah Hidaya lagi, perasaannya bercampur baur ketika dia melangkahkan kaki ke dalam rumah wanita tersebut dan pelbagai persoalan timbul di fikirannya selepas melihat keadaan rumah tersebut.

Hidaya akui dia sebenarnya berat hati untuk meninggalkan wanita itu seorang diri di rumah itu selepas mendengar pengalaman mak cik itu dirompak kerana dia tinggal bersendirian.

Dalam perkongsian terbaru, Hidaya dan beberapa individu lain telah tampil untuk bantu mengemas rumah wanita tersebut serta menyalurkan bantuan berbentuk barangan keperluan.

@nurhidaya89_

Alhamdulillah terima kasih semua sudah memBantu membersihkan rumah nenek?? walaupun rumah nenek kecik insyaAllah nenek selesa tidur situ☺️ Semoga Allah s.w.t membalas kebaikan semua & permudahkan urusan untuk mencari anak nenek yg berada d surabaya? tempat tinggal nenek ni bekas warung/gerai yg x diguna Suda.. Kereta siapa yg menjd persoalan org ramai dpn rumah nenek tu org punya x Thu siapa pya.Nenek ckp kereta rosak simpan situ.☺️ #makcikjualkerepek #tawau #tawaukini #tawausabah

♬ Syukur Alhamdulillah – Ariale

@nurhidaya89_

Terima kasih yg memberi sumbangan , hari ni dapat tukarkan tikar baru & belikan sedikit keperluan nenek ? Alhamdulillah syukur segalanya? #makcikjualkerepek #tawau #tawaukini

♬ Alhamdulillah – Opick & Amanda

“Ya Allah, macam mana dia tido berlantaikan tanah” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa sayu apabila mendengar kisah yang diceritakan oleh Hidaya itu serta ada yang mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh tinggal di dalam rumah yang berkeadaan sedemikian.

Screenshot 8 4

Sedihnya mak cik ni. Semoga tabah!

Sumber : Harian Metro, TikTok

Baca : [VIDEO] Ibu Ayah Dah Tiada, Abang Cuba Penuhi Permintaan Adik Hadir Hari Keluarga Buat Ramai Sebak

abang cuba tunai permintaan adik 728x383 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.