in

[VIDEO] Rider Foodpanda ‘Menyirap’ Abang Usik Suruh Hantar Order Depan Rumah

fi fp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan adik beradik ni selalunya macam-macam perangai kan?

Lebih-lebih lagi kalau yang rapat antara satu sama lain. Ada je bahan nak sakat sesama sendiri. Yang akan selalu jadi mangsa selalunya si adik lah!


Viral di laman TikTok, seorang pemuda yang bekerja sebagai rider Foodpanda diusik oleh abangnya ketika sedang bekerja.

@riderhelmetpanda

#foodpanda #foodpandamalaysia #fyp #fypシ #fypage

♬ original sound – CubaTeraiTest – RiderHelmetPanda

Video yang dirakam oleh abang kepada rider Foodpanda tersebut telah membuat ramai yang terhibur sehingga ia mendapat jumlah tontonan sebanyak 991.2 ribu tontonan dalam masa 16 jam!

Jelas kelihatan si adik sedang ‘menyirap’ dengan si abangnya itu. Ya lah tengah sibuk hantar order lain tiba-tiba ada yang kacau.

“Jarang tau rider maki customer”- Si Adik

Yang buat netizen terhibur bukan sahaja sebab gelagat si abang yang menyakat si adik, tetapi ramai juga yang memberi komen tentang helmet si adiknya itu. Comel katanya!

komen fp helmet

Dalam pada terhibur dengan gelagat adik beradik ini, ramai juga yang berkongsi di ruangan komen, pengalaman mereka pernah memesan order di Foodpanda dan dihantar oleh ahli keluarga dan rakan mereka sendiri!

komen fp experience full

Biasalah gurauan adik beradik memang macam ni…kadang-kadang gurau kasar pun ada! Gaduh-gaduh manja tu cara mereka nak tunjuk kasih sayang. Nanti kalau masing-masing dah berjauhan baru tahu rindu.

Baca: Servis Bukan Biasa-Biasa, Rider Foodpanda Siap Kejut Customer Bangun Tidur

baca fp

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.