Sebagai kaum Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu, pastilah berasa kagum apabila ada kaum atau bangsa lain yang boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Lebih-lebih lagi apabila kita melancong ke luar negara, berjumpa dengan warga asing yang tahu bahasa kita, ia membuatkan perasaan kita begitu teruja mendengarnya.
Baru-baru ini tular di TikTok beberapa klip video yang memaparkan seorang gadis dari Vietnam yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
@khazmie09
Kelakuannya yang secara bersahaja bertutur dalam bahasa Melayu bukan sahaja telah menarik perhatian pemilik video, malah orang ramai yang melihat video itu juga turut teruja.
Dapat dilihat menerusi video yang dimuat naik oleh Rahseed Nisran yang melancong di bandar Hoi An, gadis Vietnam itu tersipu malu apabila ditegur pandai berbahasa Melayu.
Kalau korang ingat, gadis Vietnam ini pernah tular suatu ketika dahulu kerana menggunakan kebolehan berbahasa ketika berniaga.
@rahseednisran3 Budak Vietnam ni dulu pernah viral pandai cakap melayu.Sekarang dah besar.#Vietnam #danang
Gadis yang bernama Lily ini bukan sahaja fasih bertutur dalam bahasa Melayu, malah dia juga tahu bahasa lain antaranya Korea, Jepun dan Inggeris.
Difahamkan, kebolehan Lily bertutur pelbagai bahasa apabila berinteraksi ketika berjalan-jalan dan membeli-belah dengan pelancong yang datang dari pelbagai negara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji lenggok dan cara percakapannya yang sedap didengar.
Korang kalau melancong ke Vietnam, jangan lupa cari Lily!
Baca: “Dulu kalau nampak hantu baca ayat kursi” – Wanita Hindu Fasih Baca Ayat Al-Quran Buat Netizen Kagum