in

[VIDEO] Power! Ramai Kagum Semangat Shah Firdaus, Berjaya Raih Gangsa Walaupun Dah Jatuh Diawal Perlumbaan

Shah Jatuh Bangkit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelumba basikal trek negara yang semakin mencipta nama, Muhammad Shah Firdaus Sahrom telah mengagumkan orang ramai apabila berjaya melayakkan diri ke final acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 walaupun terjatuh ketika diawal perlumbaan semalam.


Menerusi video yang dikongsikan Astro Arena, pelumba negara itu dilanggar basikal lawan sehingga terjatuh, tetapi beliau bangkit semula meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat biarpun keadaan basikalnya rosak teruk.

Dapat dilihat, Shah Firdaus menjadi atlet pertama yang bingkas bangkit untuk menghabiskan kayuhan dalam keadaan menahan sakit dan pelana basikalnya sudah patah akibat pelanggaran itu.

Usahanya itu terbalas apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir bersama-sama dengan The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang. Dalam perlawanan akhir itu, Azizulhasni berjaya memenangi pingat emas manakala Shah Firdaus mendapat pingat gangsa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata yang menonton acara itu memuji semangat juang yang dipamerkan Shah.

Screenshot 2023 06 19 152149
Screenshot 2023 06 19 152121

Ini bukanlah insiden pertama bagi Shah. Biarpun kerap tumbang dilanggar lawan, Shah membuktikan keazamannya mengatasi segala kesakitan yang dialami bagi memastikan dirinya turut dapat mengharumkan nama negara.

Azizulhasni gelar Shah ‘The Terminator’

Memetik sumber, Azizulhasni memuji persembahan Shah yang turut berada di pentas podium walaupun terbabit dalam kemalangan di separuh akhir.

“Shah ‘terminator’. Kemalangan itu berlaku depan saya, dia jatuh dan terpelanting… dia bangun, cuba duduk atas karbon itu yang mana tempat duduk yang patah. Tengok dekat badan dia ada kayu dan karbon dalam seluar.

“Sukar dipercayai, semangat dia memang di tahap berlainan dan cuba untuk kayuh lagi. Kalau dia berputus asa, tak mungkin ada di final. Sama seperti semangat saya tunjukkan pada 2011, semangat juang sebegitu patut ada dalam diri atlet. Dia memang ‘the terminator’,” kata Azizulhasni.

Memang the real fighter!

Baca: Catat Rekod Rally Terpanjang ‘211 Shots’, Pearly-Thinaah Mara Ke Suku Akhir Malaysia Masters
Ft Pearly Thinaah 211 Shots

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.