Hari ini, kecoh di media sosial terutamanya di TikTok dan Twitter tentang isu orang ramai menyerbu sebuah butik di Shah Alam selepas butik pakaian itu dikatakan membuat jualan murah baju raya yang berharga RM1 sahaja.
Tawaran baju raya seringgit itu telah menyebabkan ramai pengunjung butik menyerbu lokasi itu sehingga ada yang jatuh akibat dihimpit dan ditolak oleh orang ramai.
Bahagian dalaman butik juga bersepah kerana ramai pengunjung berebut-rebut baju raya murah yang ingin dibeli.
Difahamkan, keadaan sangat kecoh sehingga pihak polis terpaksa datang ke butik itu untuk menenangkan keadaan.
Makan berlebihan.
Hiburan berlebihan.
Berebu baju raya siap mencuri.
Ramadan apa yang kita cari ni sebenarnya? pic.twitter.com/PmFJgZXCAD
— Khairul Azri (@mkhairulazri) April 2, 2023
Walau ramai yang mengecam sikap pengunjung butik itu kerana dilihat tidak bersabar, namun ramai juga warganet turut menyalahkan pihak penganjur iaitu pihak pengurusan butik itu kerana tidak sistematik dan dilihat seperti tidak membuat persiapan awal untuk acara jualan baju raya murah itu.
Walau bagaimanapun, dalam salah sebuah video yang tular, dapat dilihat anggota RELA ada ditugaskan di pintu butik, namun difahamkan, setelah pintu kedai itu dibuka, pengunjung menyerbu masuk sehingga menyukarkan anggota RELA tersebut untuk mengawal keadaan.
— Khairul Azri (@mkhairulazri) April 2, 2023
Manakala menurut Kosmo, pihak pengurusan butik mengatakan tawaran baju raya murah dengan harga RM1 memang dianjurkan oleh mereka namun ia terpaksa dihentikan gara-gara keadaan yang semakin sesak dan berlaku rusuhan.
Difahamkan lagi, pihak mereka juga sebenarnya telah membuat sistem pernomboran untuk setiap pengunjung, namun keadaan tetap jadi sesak kerana ada yang berebut-rebut dan bertolak-tolakan antara satu sama lain.
Dalam masa yang sama, pihak pengurusan mengakui ada kesilapan di pihak mereka kerana tidak menjangka bahawa begitu ramai pengunjung yang akan datang ke butik mereka untuk mendapatkan tawaran tersebut.
@nendamaira Huru hara di Stavilion Shah Alam hr ni gara² offer yg diadakan..😇 #laskarraya2023 #bajumelayu #bajumelayufavourite #uciluna #fyp #teamaffliatemai
Setelah berlaku kekecohan, butik tersebut juga telah diarahkan untuk ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi meredakan keadaan.
Apa pula pendapat korang tentang isu ini?
Sumber: Twitter, Kosmo!, New Straits Times
Baca: Khairul Aming Kongsi Cara Buat ‘Voice Over’ Video Masak Bulan Puasa