in

[VIDEO] Pemandu Lori & Myvi Bertumbuk Dekat Jalan Ampang Akibat Perselisihan Faham

ft bergaduh di ampang

Baru-baru ini satu insiden berlaku di Ampang Jaya yang melibatkan kereta Myvi dan pemandu lori. Menurut sumber dari TikTok, kejadian ini berlaku pada 23 November lepas.

Menurut sumber mereka berdua berhentikan kereta dekat satu kawasan bulatan di sebuah residensi. Mereka bertengkar sebelum bergaduh dan bertumbuk.

 

Berdepan penjara 5 tahun

Dalam video tersebut dilihat penumpang dari kereta Myvi penunggang e-hailing datang untuk cuba meleraikan pergaduhan mereka.

Berikutan dengan insiden tersebut, mereka telah ditahan pihak polis kelmarin. Menerusi satu kenyataan, pemandu lori dalam perjalanan ke tempat kerja.

bergaduh di ampang 2

Dalam satu perkongsian di Facebook, dilihat pemandu lori ugut pemandu Myvi tersebut dengan gergaji.

Berlaku perselisihan faham dengan pemandu Myvi tersebut, disebabkan itu pemandu lori bertindak menyuruh pemandu Myvi berhentikan kereta sebelum pergaduhan berlaku.

bergaduh di ampang 3

Mereka ditangkap kira-kira jam 7.30 pm hingga 9pm di kediaman mereka. Kedua-dua kenderaan, gergaji dan payung yang digunakan sebagai senjata pergaduhan mereka turut dirampas.

bergaduh di ampang

Mereka akan dibawa ke Mahkamah Msjistrert Ampang untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Salah seorang daripada pelaku mempunyai satu rekod jenayah lampau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata, jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara selama 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 

Baca : “Kecik-kecik tunjuk gangster” – PDRM Berjaya Kesan Budak Bergaduh Berebut ‘Abang Angkat’ Dalam Video Viral

collage 75

Sumber: Facebook
Sumber: TikTok
Sumber: Facebook