in

[VIDEO] Pelajar Cemerlang Terima Keputusan 8A Dalam SPM Ketika Menunaikan Haji

Ft Result Spm Kat Mekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, semalam adalah hari yang sangat penting buat semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 kerana ia adalah hari keputusan peperiksaan mereka. Apapun tahniah buat semua calon SPM 2022!

Buat Nur Saffiyah Nasuha Ramlan, dia meluahkan rasa syukur apabila menerima berita gembira meraih 8A 1C dalam keputusan SPM ketika dia menunaikan ibadah haji di Mekah.


Calon SPM daripada SMK (P) Methodist, Raub itu juga berasa terkejut apabila dimaklumkan bahawa dirinya muncul antara pelajar cemerlang di sekolah.

Difahamkan, remaja itu sedang berada di Mekah bersama empat lagi beradiknya serta abang iparnya, Mohamad Nur Syaza.

Menurut Saffiyah, disebabkan ibu dan ayahnya tidak dapat mengikuti menunaikan ibadah haji bersama, mereka telah mewakilinya untuk menerima keputusan SPM di sekolah.

“Sebenarnya, saya sudah memeriksa keputusan SPM secara dalam talian tepat pada jam 10 pagi waktu Malaysia atau jam 5 pagi di Mekah.”

“Mak dan ayah naik ke pentas untuk mengambil keputusan SPM saya di sekolah. Mereka kemudian membuat panggilan video untuk menunjukkan slip keputusan saya itu,” jelasnya.

Whatsapp Image 2023 06 08 At 2.36.45 Pm 1024X768 1

Bercerita lanjut tentang amalan kejayaannya, Saffiyah memberitahu, dia hanya menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di kelas, memastikan tugasan yang diberikan siap, mengisi kerohanian, serta menjaga sahsiah dan agama.

Dalam pada itu, Saffiyah turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarganya, gurunya serta rakan-rakannya yang banyak menyumbang kepada kejayaannya itu.

Dia turut menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan asasi ekonomi, sains dan pengurusan, atau mengikuti pengajian di Kanada.

Tahniah diucapkan kepada adik ni!

Sumber : Berita Harian, Kosmo!

Baca : Kisah Pengorbanan Pelajar Raih 11A SPM Sambil Jaga Ibu Hidap Kanser Tahap 4, Buat Ramai Sebak

Pelajar Jaga Ibu Kanser Dapat 11 A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.