in

[VIDEO] Pelajar Cemerlang Dapat 9A SPM Terkejut, PIBG Hadiahkan Motor Bernilai RM4,000

ft 9a dapat moto pibg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa semalam adalah hari mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan pastinya pelbagai memori dicipta pada hari tersebut.

Kenangan indah berganda dicipta oleh Chong Kaiqi yang berjaya memperoleh keputusan 9A dalam SPM serta menerima sebuah motosikal daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas kejayaannya itu.


PIBG dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar menghadiahkan sebuah motosikal jenama Modenas Kriss 110 yang dianggarkan bernilai sekitar RM4,000.

@sinarharianonline

Kegembiraan berganda buat Chong Kaiqi yang memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumum pada Khamis apabila menerima sebuah motosikal daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kaiqi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar dihadiahkan motosikal jenama Modenas Kriss 110 berharga lebih RM4,000. #fyp BeritaDiTiktok SPM Hadiah

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Menurut sumber, pemberian tersebut adalah komitmen PIBG bersama-sama pihak sekolah untuk memberi penghargaan kepada pelajar SPM mereka yang mencapai pretasi paling cemerlang di peringkat sekolah.

Dalam pada itu, Kaiqi turut meluahkan rasa terkejut dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak PIBG dan sekolah terhadap kejayaan yang dikecapi.

“Saya hilang kata-kata bila dipanggil untuk terima hadiah motosikal ini. Perasaan gembira dapat capai 9A pun belum hilang, sekarang dapat motosikal.”

“Saya cuma ada lesen kereta. Nampaknya selepas ini saya kena cepat-cepat ambil lesen motosikal pula,” katanya.

2224036

Menurut Kaiqi, sejak awal lagi dia sudah meletakkan harapan yang tinggi demi meraih keputusan cemerlang 9A agar dia dapat membanggakan datuk dan neneknya.

Difahamkan, Kaiqi menetap bersama datuk dan neneknya sahaja memandangkan kedua ibu bapanya bekerja di Singapura.

“Merekalah yang hantar saya setiap hari ke sekolah dan menjaga keperluan saya. Keputusan 9A dan motosikal ini saya hadiahkan kepada datuk dan nenek yang selama ini banyak berkorban untuk saya,” jelas Kaiqi.

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira terhadap pencapaian Kaiqi serta berharap agar ini dapat membakar semangat calon SPM akan datang untuk terus berjaya.

Screenshot 14 1

Tahniah Kaiqi! Harap ni dapat jadi pembakar semangat untuk calon SPM seterusnya!

Sumber : TikTok, Sinar Harian

Baca : “Hadiah untuk ayah” – [VIDEO] Pelajar Cemerlang SPM Lawat Kubur Ayah, Kongsi Berita Gembira

spm pusara ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.