Majlis perkahwinan yang sempurna semestinya diidamkan oleh semua pasangan mempelai. Kebiasaannya, majlis kahwin ni ada bermacam-macam tema seperti tema ‘garden’, klasik, ‘bollywood’ dan banyak lagilah. Kalau min senaraikan sampai ke sudah tak habis!
Selalunya kalau kita pergi majlis kahwin, perkara yang akan menjadi tumpuan semestinya ‘outfit’ pengantin sendiri. Kita mesti akan perhatikan warna, style dan makeup apa yang dipilih semasa hari bahagia dorang ni. Betul tak min teka?
Selain itu, tetamu yang datang ke majlis kahwin mesti akan fokus tentang makanan kenduri yang disediakan. Orang kata tak lengkaplah kenduri kalau takde nasi minyak, ayam masak merah, dalca dan air sirap.
Pelamin dan ‘doorgift’ pun selalu jadi attention bila hadir ke majlis perkahwinan. Tapi, lain pulak kesnya dengan video TikTok yang viral baru-baru ni dari @farazulkipli di mana gadis ini tunjukkan sebuah majlis perkahwinan yang nampak biasa tapi sebenarnya sangat unik.
@farazulkipli Agak² korang rasa berapa cost wedding ni?? Cer korang comment 😎#kakakmuatakaful #izzgrouptiktok #oscars #kuikhlaskan
Dalam rakaman video jarak jauh yang dikongsikan gadis ini, perkara yang menjadi tumpuan adalah jumlah khemah yang ada. Biasanya khemah kat mana-mana majlis kahwin mesti bawah 10 tapi dalam video ni ada 19 buah khemah tau! Fuh, bukan kaleng-kaleng ya owner wedding ni!
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang kata wedding ni dah macam persiapan bazar Ramadan. Ada juga yang kata pengantin bukan jemput satu kampung tapi jemput satu daerah tau!
“Jemput satu kampung ❎ Jemput satu daerah ✅” – Komen netizen”
“Ni kawin ke expo ni” – Komen netizen
Ada jugak netizen komen yang pengantin mungkin nak balas dendam sebab lockdown lama sangat. Mesti pengantin ni akan kenang memori kahwin 19 khemah smpai ke anak cucu.
Lepasni, mungkin korang boleh pecah rekod dengan buat majlis kahwin yang ada 30 khemah pulak ke? Hehe…
Baca: “Untung mak-mak yang suka menanam”- Majlis Kahwin Beri Pokok Pada Tetamu Sebagai Doorgift”