in

[VIDEO] Netizen Puas Hati ‘Budak Rohingya’ Dah Kena Tangkap Pihak Berkuasa?

fi rohingya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular isu ‘budak Rohingya’ yang dikatakan biadap ketika meminta sedekah di kawasan sekitar Cheras. Bukan sahaja mengetuk tingkap kereta dan mengugut pemandu di lampu isyarat, dikatakan budak yang sama juga telah dirakam berkelakuan biadap terhadap pejalan kaki.

Semalam, melalui perkongsian di media TikTok oleh pemilik akaun @fifi_story07, dia telah memuat naik sebuah video yang memaparkan beberapa gambar budak tersebut yang dipercayai telah ditangkap oleh pihak berkuasa.


Menggunakan kapsyen “Kan dah kena kutip..harap kutip depa semua ni hantar tempat asal memasing duduk negara orang perangai macam ape je”, video berdurasi hanya 9 saat ini mampu membuat ramai orang berpuas hati dengan tangkapan tersebut.

@ninasaffieyna

Kan dah kena kutip..harap kutip depa semua ni hantar tempat asal memasing ddk negara orang peragai cm ape je😡😡😡#fyp

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Dikatakan, budak itu telah ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang turun padang bagi operasi pengemis semalam. Dipercayai dia bersama beberapa orang pengemis di kawasan lampu isyarat Perkeso, KLCC dan Ampang Point merupakan antara hasil tangkapan bagi operasi itu semalam.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa puas hati di ruangan komen terhadap tindakan pihak berkuasa yang pantas menangkap golongan tersebut. Mereka juga berharap agar golongan itu dapat dihantar pulang ke negara mereka dengan segera.

komen rohingya

Semoga lepasni dah tak ada lah isu macam ni. Min tengok video-video sebelumnya pun geram jugak dengan dia. Tapi dalam masa yang sama min kesian sebab dia kecik lagi tapi dah kena minta sedekah dekat orang ramai. Sepatutnya dia dapat kehidupan macam budak lain…

Baca: “Seringgit lah!!!”- [VIDEO] Netizen Kongsi Rakaman Peminta Sedekah Kanak-kanak Biadap

baca rohingya

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.