in

[VIDEO] Netizen Label Peniaga ‘Dajal’ Bagi Air ‘Free’ Kalau Menari Sakan, Ini Penjelasannya…

ft teh ais fengtau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lalu telah tular sebuah video di media sosial yang memaparkan aksi peniaga minuman dan beberapa orang pelanggan yang sedang menari di Pesta Pulau Pinang.

Video yang memaparkan seorang peniaga lelaki berada di atas foodtruck sebelum menghulurkan minuman kepada pelanggan wanita bertudung yang mana kedua-dua kelihatan sedang rancak menari sakan mengikut alunan muzik.


Kapsyen yang ditulis bersama video tersebut memberitahu semua pelanggan boleh mendapatkan air secara percuma jika mereka menari di hadapan foodtruck berkenaan.

@teh_ais_avengerhq

Malam Ni Kita Layan Dandut Asikkkkk#tehaisavengerhq #thename #fyp #pageforyou #fypシ #pestapenang2022 #foodtruck #foryoupage

♬ original sound – Haz_JR – Zzazizan

Walaubagaimanapun, video yang meraih lebih 1.4 juta tontonan (semasa artikel ini ditulis) telah dibanjiri dengan kecaman netizen termasuklah komen yang mengingatkan tentang cara peniaga itu mencari rezeki.

Semua itu untuk content TikTok sahaja

Screenshot 2022 12 13 142054

Mengulas kecaman dan sindiran yang dilontarkan dari warganet, pengusaha The Name by Teh Ais Avenger HQ, Mohd Amin Fardullah Muthu berkata terdapat salah faham dalam kalangan netizen.

Amin menjelaskan mengenai apa yang dikongsikan itu hanyalah demi content TikTok semata-mata dan sebenarnya tidak memberikan air secara percuma kalau pelanggan menari.

Namun dari dulu lagi, kalau ada pelanggan yang cakap tak mampu, dia akan memberi minuman secara percuma dan itulah kunci kejayaan perniagaannya, jelas peniaga yang sudah lima tahun berkecimpung dalam industri makanan dan minuman itu.

“Saya berniaga bersama tiga orang staf. Saya juga dah belanjakan RM12,000 untuk set up lampu dan sound system untuk trak,” ujar pemuda berusia 33 tahun itu.

Terima komen dengan hati yang terbuka

Amin akui, dia terkesan dengan komen-komen negatif, namun menerimanya dengan hati yang terbuka dan anggap itu semua lumrah yang dihadapi sebagai seorang peniaga.

Screenshot 2022 12 13 142348

Screenshot 2022 12 13 142232

“Banyak yang samakan kita dengan dajal, tipulah kalau tak sakit hati… mereka panggil kita dajal,” katanya.

Di sebalik kecaman yang diterima, Amin terharu dengan sokongan pelanggan yang meniup semangat untuk dia terus cekal berniaga sehingga ke hari ini.

Dia memuji sikap pelanggan yang tak terikut-ikut dengan kata-kata warganet yang negatif dan lebih rela datang ke tempat kejadian dan tengok sendiri apa yang terjadi.

Amin turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang menyokongnya dan memberitahu yang setiap bulan ada peratusan hasil jualan yang akan dia sumbangkan untuk tujuan kebajikan.

Trak minuman itu menjadi perhatian ramai kerana dihiasai lampu warna-warni serta muzik yang menambahkan lagi kemeriahan suasana tapak jualan.

Sumber : TikTok, mStar

Mungkin itu cara dia tarik perhatian pelanggan, kita tak sepatutnya judge seseorang tanpa mengetahui lebih lanjut..

Baca : Tak Sampai Seminit Pelanggan Keluar, Bumbung Dataran Pahlawan Mall Runtuh Hampir Timpa Peniaga

ft dataran pahlawan bumbung runtuh 1 758x399 1

Sumber: mStar
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.