in

[VIDEO] Netizen Indonesia Cemburu Dengan ‘Nikmat’ Yang Diterima Rakyat Malaysia

netizen indonesia cemburu dengan rakyat malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai rakyat Malaysia, tak dinafikan banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk kita menjalani kehidupan seharian.

Tanpa kita sedar, nikmat yang kita ada sebenarnya telah membuatkan sedikit sebanyak rakyat Indonesia cemburu sehingga menjadi topik perbualan mereka.


Menerusi sebuah rancangan podcast yang dimuat naik di TikTok @bukanbedahyangasli_, tiga rakan berkongsi antara kelebihan yang dinikmati rakyat Malaysia berbanding masyarakat di Indonesia.

Artikel berkaitan: “Nama saya Malaysia” – Pelancong Dari Amerika Jatuh Hati Dengan Malaysia

Artikel berkaitan: “Dengar azan dari aplikasi je” – Pelancong Indonesia Dakwa Tak Dengar Azan Berkumandang Sepanjang Di Malaysia

Antara topik yang dibualkan termasuklah sistem parkir automatik yang banyak digunakan di Malaysia sekali gus membanteras aktiviti ulat parkir di kawasan bandar.

Selain itu, iklan kekosongan kerja di Malaysia sering dipamerkan di hadapan kedai bersama dengan maklumat gaji dan manfaat yang ditawarkan.

Screenshot 2024 08 02 154218

Pada masa sama, mereka turut memuji syarikat-syarikat dalam negara yang tidak meletakkan syarat umur minimum atau pengalaman kerja minimum tiga tahun untuk memohon pekerjaan tersebut.

Menurut mereka lagi, perkhidmatan membuat pasport di Malaysia juga tersedia pada hari cuti, menunjukkan bahawa perkhidmatan kerajaan tidak berhenti pada hujung minggu.

@bukanbedahyangasli_

Fakta negara Malaysia yang netizen Indonesia tutup mata

♬ suara asli – Bukanbedahyangasli – Bukanbedahyangasli

Satu lagi perkara yang mereka teruja ialah kesemua lebuh raya jalan tol di Malaysia adalah percuma menjelang hari perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, dan Deepavali.

Kata salah seorang daripada mereka, waktu itulah kerajaan akan menjana pendapatan tinggi tetapi memilih untuk memberi laluan percuma sebagai tanda penghormatan kepada perayaan tersebut.

Mereka turut memuji kemudahan jalan raya dalam negara walaupun dikelilingi ladang kelapa sawit. Katanya, infrastruktur seperti di sekolah dan balai polis kelihatan baik walaupun di kawasan kampung.

Dapat dilihat perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan meraih lebih 1 juta tontonan dalam masa dua hari.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.