Baru-baru ini satu video tutorial daripada wanita negara barat telah membuatkan ramai rakyat Malaysia jadi triggered apabila menonton video tutorialnya makan nasi guna garpu dan pisau, kononnya itu cara formal budaya mereka.
Disebabkan itu ia membuatkan individu yang dikenali sebagai Megat Adli ini terpanggil untuk ‘ajar’ cara betul-betul nak makan nasi menerusi sebuah video parodi.
How to eat rice in the Malay/Asian culture the formal way
Dalam video berdurasi 2 minit 2 saat itu, Megat dilihat memakai baju melayu berserta tanjak dan sepinggan nasi di depannya.
Dia bertutur dalam loghat ala British untuk tunjukkan cara makan nasi menggunakan tangan. Video tersebut pada asalnya dimuat naik di TikTok dan dikongsikan semula ke laman Twitternya.
@thefunsizeguy How to eat rice in the Malay/Asian culture the formal way. 🍚 🌾 @mrnigelng
Dalam masa 4 jam, video ini telah meraih sekitar 1,000 jumlah retweets dan ia membuatkan ramai netizen terhibur apabila menontonnya, terutamanya di penghujung video dan ada juga yang geram sebab tengok dia tak suap nasi dekat mulutnya tu.
Sementara itu, ada juga yang masih berpegang dengan pendirian bahawa makan nasi menggunakan tangan adalah jauh lebih mudah dan elok.
Kalau korang nak tengaok versi asal, boleh klik dekat bawah ni.
Baca : Rakyat Malaysia Triggered Orang Putih Bagi Tips Makan Nasi Guna Garpu & Pisau