Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan semakin dikenali ramai sebagai wakil rakyat yang sering melontarkan kenyataan secara lantang sama ada di sidang DUN Negeri Selangor dan Parlimen.
Tular baru-baru ini sebuah video yang mana Sany Hamzan telah menyuarakan rasa tidak puas hati beliau dengan keadaan jalan di kawasannya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik @selangortv di TikTok, kelihatan ahli parlimen terbabit yang bertongkat sedang menegur beberapa individu dipercayai kontraktor yang ditugaskan untuk menurap jalan di sekitar kawasan tersebut.
Dalam video terbabit, Sany Hamzan mempersoalkan hasil kerja kontraktor sambil menunjukkan keadaan jalan yang rosak dan berlubang yang boleh menjejaskan pengguna jalan raya.
@selangortv “You turap mana ni? You perhati jalan ni sekarang.” – Sany Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat. #jalanberlubang #Selangortiktok #beritaditiktok #sanyhamzan
Beliau juga telah memberi tempoh seminggu kepada mereka yang bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya di kawasannya diturap elok.
Dalam pada itu, beliau telah memberi amaran akan ‘menghentam’ pihak yang bertanggungjawab jika tiada apa-apa tindakan dibuat.
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya kagum dengan cara kerja Sany Hamzan dan berharap jalan di sekitar Hulu Langat segera diperbaiki kerana bahaya untuk pengguna jalan raya.
Selain itu, beberapa netizen lain juga cemburu dengan ketegasan Ahli Parlimen Hulu Langat dan mengharapkan kawasan di tempat mereka turut diperbaiki sama.
Baca: “Tak payah tunggu majlis” – Uncle Kentang Saran Orang Ramai Bantu Baiki Jalan