Tidak dinafikan, terasa peningkatan harga barang apabila barangan yang selalu kita beli mengalami perubahan harga.
Jika ditanya kepada penjual pun, mereka juga kalau boleh tidak mahu menaikkan harga jualan tetapi terpaksa kerana tersepit dengan situasi ini.
Seorang pengguna TikTok yang merupakan penjual nasi lemak telah berkongsi sebuah video, memaparkan situasi di mana dia didatangi seorang pelanggan yang mahu membeli sebungkus nasi lemak biasa berharga RM2.
Menerusi video itu, pembeli telah meminta untuk menambah sedikit telur rebus, kacang, ikan bilis dan sambal pada nasi lemak biasa.
@nisya126
Penjual menuruti permintaan pembeli dan selepas siap membungkusnya, dia mengenakan caj tambahan sebanyak 50 sen, menjadikan hidangan itu berharga RM2.50. Namun, pembeli terbabit berasa tidak puas hati dan mempersoalkan harga tersebut.
Penjual nasi lemak menjelaskan harga yang dikenakan berpatutan memandangkan kos bahan mentah yang tinggi. Pun begitu, pembeli tersebut tetap tidak mahu dikenakan caj tambahan dan mengatakan mahu mencari di gerai lain.
Walaupun terpaksa bersetuju hanya RM2 dikenakan bagi nasi lemak itu, pembeli terbabit kemudian memberi alasan tidak mempunyai tunai untuk membayarnya dan memberi semula nasi lemak yang sudah siap dibungkus kepada penjual.
Video terbabit telah menarik perhatian ramai, rata-ratanya berasa berang dengan sikap yang ditunjukkan pembeli tersebut.
Ada yang mengatakan bahawa rakaman video itu hanyalah lakonan semula namun ramai yang bersetuju kejadian seperti itu memang benar berlaku.
Walaupun hanya sekadar content atau marketing, mungkin penjual ini mahu meluahkan apa yang dialami oleh para peniaga apabila berhadapan dengan pelanggan sebegitu.
Baca: “Kurus sebab dah tak larat” – Akka Nasi Lemak Sedih, Akui Semakin Penat Lepas Viral