Korang pernah tak alami ambil gambar dengan kawan-kawan masa pergi bercuti atau tengah seronok-seronok, sekali dalam gambar tu terlebih pula ‘kawan’ korang?
Itu sebabnya orang tua-tua selalu pesan jangan seronok dan terlalu excited bila buat sesuatu, terutamanya bila pergi ke tempat orang.
Seperti satu perkongsian daripada seorang lelaki di laman TikTok ini, ia telah membuat ramai meremang dengan gambar yang dimuat naiknya.
@sha74111 ♬ Halloween – Amityville Theme Sound Effect – Hollywood Sound Effects
Pada mulanya mesti ramai yang tak perasan, tetapi setelah diteliti gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @sha7411 ini, korang mesti dah tak boleh nak ‘unsee’ balik apa yang korang nampak tu.
Gambar yang diambil pada 18 Mac lepas di Pantai Cempaka, Kuantan, Pahang ini terlihat sangat normal dan pasti ramai yang menganggap dalam gambar itu ada tiga orang sahabat kan?
Tapi sebenarnya gambar itu pada asalnya diambil berdua sahaja, lelaki yang berada di tengah itu bukanlah rakan mereka. Jika dilihat di bayang-bayang juga hanya ada dua orang sahaja.
Menurut saudara Sha ini, dia perasan akan kewujudan ‘entiti’ lain dalam gambar tersebut selepas kawannya menghantar gambar itu melalui Whatsapp. Di ruangan komen pula, ramai yang terkejut dan ada yang kata ‘rakan’ tengah itu nampak seperti pucat wajahnya. Fuh meremang ya!
Ni yang buat seram nak ambil gambar malam-malam ni!
Baca: 5 Filem Seram Yang Dinasihatkan Untuk Tidak Ditonton Seorang Diri Meskipun Pada Waktu Siang