in

[VIDEO] Lelaki Kena Siram Air Dengan Mak Teman Wanita, Lepas ‘Berani’ Ajak Keluar

Fi Lelaki Kena Siram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi setiap pasangan yang bercinta, semestinya ikatan perkahwinan itu jadi pilihan supaya mereka dapat disatukan dengan ikatan yang sah. Akan tetapi, tak semua hubungan yang terjalin itu diakhiri dengan momen manis dek kerana cabaran dan halangan sebelum sampai ke fasa perkahwinan itu.


Seakan sama dengan cerita kali ini, apabila seorang lelaki di Indonesia ini terpaksa menahan malu selepas di reject oleh orang tua kekasihnya sendiri.

 

Ajak teman wanita keluar

Dalam satu video yang dimuat naik oleh @AmeliaRosita, dia menunjukkan situasi di mana seorang lelaki disiram dengan air oleh jirannya.

Menurut Amelia, lelaki yang datang itu merupakan teman lelaki kepada anak perempuan jirannya itu dan dia dikatakan datang untuk membawa teman wanitanya keluar.

Lelaki Kena Siram 1

Namun bila ibu gadis tersebut keluar, dia terus menyiram lelaki berkenaan dengan sebaldi air sebab ‘berani’ nak ajak anak perempuannya keluar.

Difahamkan juga, lelaki tu tak diterima sebab dia datang bukan dari keluarga yang berada jadi sebab itu wanita tersebut tak beri restu pada hubungan mereka tersebut. Tambah Amelia pula, keluarga gadis tersebut merupakan golongan yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Posting dimuatnaik kurang dari tempoh 24 jam itu nyata jadi bualan ramai, sebab sehingga kini ia dah peroleh lebih dari 1.8 juta views di TikTok.

@ameliarosita45

#fypシ゚ #berandafypシviral

♬ hal hebat cover by Afifah Ifahnda – s p y ?

 

“Yakin bakal jadi orang kaya terus?”

Di ruangan komen, nyata ramai bersimpati dengan apa diterima oleh lelaki tersebut. Rata-rata mengkritik tindakan wanita tersebut, dan ada yang bagi peringatan bahawa perkara seperti kekayaan ni tak semestinya akan kekal.

Reak Lelaki Kena Siram 1 Edit Reak Lelaki Kena Siram 3 Edit Reak Lelaki Kena Siram 4 Edit

Kesiannya dia sampai dibuat macam tu. 

 

Baca : [Video] Lelaki Melenting Bila ‘Love Confession’ Dia Kena Reject Depan Orang Ramai 

Foot Lelaki Kena Siram

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.