Media sosial kini bukan sahaja sebagai tempat untuk mencari isu-isu semasa, jalinkan hubungan komunikasi atau tempat meluahkan persaan dan sebagainya, malah media sosial juga kini digunakan sebagai tempat untuk menunjukkan resepi serta tutorial memasak.
Bersepah kini video-video masakan yang dimuat naik di laman sosial bukan sahaja sebagai menambah idea masakan untuk followers bahkan boleh juga dijadikan sebagai ‘tutorial’ buat mereka yang baru hendak belajar memasak.
Buat tutorial memasak belut goreng kunyit
Seperti video yang tular di aplikasi TikTok ini, seorang wanita kononnya hendak menunjukkan video tutorial memasak, namun berlaku pula ‘tragedi’ yang tidak disangka-sangka.
@nenty_garut_karawang sumpah kaget gw???tadi y bet totorial eh mlh gagal??? kirain th udah mati Belut y?
Menerusi perkongsiannya di akaun TikTok @nentygarutkarawang, dia dilihat bersemangat menunjukkan bahan-bahan untuk memasak belut goreng kunyit.
Bukan itu sahaja, dia turut sempat merakam beberapa step awal dalam tutorial masakan tersebut sebelum ‘tragedi’ mengharukan itu berlaku.
Belut ‘terbang’ keluar besen
Walau bagaimanapun, rakaman tutorial itu bertukar kacau-bilau apabila belut-belut yang diletakkan di dalam besen itu menggelupur ‘terbang’ keluar apabila segala resipi rempah-ratus goreng kunyit itu dituang ke dalamnya!
Ya ampun bu, belutnya masih hidup dong.
Menurut wanita itu, dia menyangkakan belut-belut itu sudah mati, namun ‘terkejut beruk’ apabila belut-belut itu secara tiba-tiba menggelupur berkemungkinan kepedihan gara-gara garam yang turut diletakkan ke dalam resipi itu.
Video yang berdurasi beberapa saat ini berjaya meraih perhatian netizen sehingga mencecah lebih daripada 6 juta views. Rata-rata netizen sangat terhibur dengan aksi belut-belut itu yang cuba ‘meloloskan’ diri dari dalam besen.
Tak kurang juga ada yang geli melihat belut-belut itu menggeliang-geliut di atas lantai tak ubah seperti ular.
“Masih hidup belutnya Markonah” – Netizen
Cuci la dulu isi perut belut tu kot ya pun.
Baca: “Marriage bukan main masak-masak” Bella Geram Netizen Gelar Pavithra ‘Bella Astillah 2.0’