in

Video Kena ‘Make Up’ Tular, Ramai Tak Sangka Inspektor Sheila Rupanya Baik & Kelakar

Ft Sheila Baik Hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang kenal dengan Inspektor Sheila yang masih menjadi bualan hangat orang ramai dan apa jua hantaran yang berkait dengan dirinya pasti akan mencuri perhatian netizen.

Walaupun dia difahamkan sedang digantung kerja sementara menunggu keputusan kes mahkamahnya dibicarakan, dia kini dilihat sedang menceburi bidang baharu iaitu penjualan kosmetik.


@lzmantol

Ada masa ganas 🤬 ada masa cantik 😝 #ratumantol #farmasilz #farmasimakeup #kelasmekap #farmasimalaysia #bisnesonline #jutawan #positivevibes #jerit #farmasicosmetics #inspektorsheila #kenahempuk

♬ bunyi asal – LUBUK LIZA – LUBUK LIZA

“Ada masa ganas, ada masa cantik,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Inspektor Sheila sedang mencuba beberapa alat solek sebelum mempromosi produk kosmetik bersama beberapa orang individu yang turut berada di situ.

Dalam video tersebut, turut kelihatan seorang individu yang dikatakan seorang make up artist sedang menyalit gincu pada bibir Sheila sebelum dia menyampuk perbualan berkenaan.

Walau bagaimanapun, jurusolek itu bertindak menghempuk dahi Sheila sebagai tanda gurauan sebelum mereka semua dilihat gelak dengan gurauan tersebut.

Selain itu, dalam sebuah video berlainan, Sheila bersama seorang wanita dilihat mempromosikan sebuah produk serta mengajak orang ramai yang menonton video berkenaan untuk mendaftar sebagai ‘ahli’ farmasi agar dapat menerima diskaun serendah 50 peratus.

https://www.tiktok.com/@lzmantol/video/7249241645059689733

“Nak join 50% macam nak cari gaduh,” tulis kapsyen video tersebut.

“Dia ni jenis ‘sporting’, best jadi kawan” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji tindakan Inspektor Sheila yang dikatakan sebenarnya baik hati dan pandai berlawak meskipun sebelum ini orang ramai mendakwa Sheila adalah seorang yang bersifat tegas dan sombong melalui beberapa video yang tular sebelum ini.

Screenshot 18 2

Hmm mungkin dia sebenarnya baik orangnya kan!

Baca : “Aku confuse siapa lawyer” – Dakwa Diri Dikasari, Netizen Pelik Lihat Inspektor Sheila Lebih Banyak Cakap Dari Peguam

Ft Ins Sheila Tak Puas Hati 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.