in

[VIDEO] Keluarga Beri RM50K Kalau Jumpa Akmal, Pemuda Hilang Di Pulau Mawar Sejak 1 Feb Lalu

ft pulau mawar hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para-para hikers tegar mesti tahu mengenai risiko yang wujud semasa mereka hiking, mungkin dari segi kecederaan mahupun sesat di dalam hutan dan sebagainya.

Baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi kisah sedih keluarganya apabila anak bongsu mereka hilang tanpa khabar sejak 1 Februari lalu di Mersing, Johor.


Screenshot 6

Mirza Qusyairi memberitahu, adik bongsunya, Akmal Hakimi tidak pulang ke rumah selepas keluar mendaki bukit secara bersendiri di Pulau Mawar, Mersing.

Menurut Qusyairi, keluarganya telah membuat laporan polis susulan kejadian itu dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan juga telah menemui jalan buntu.

Tambah Qusyairi, adiknya itu telah keluar untuk mendaki pada 1 Februari, namun Akmal tidak kembali ke rumah dan pada 3 Februari, mereka hanya menjumpai motor milik adiknya itu di Pulau Mawar pada jam 12 tengah hari.

Screenshot 5 1

Difahamkan operasi SAR telah bermula pada 3 Februari tapi ia dihentikan pada 7 Februari sebab tiada sebarang pentunjuk.

Selain itu, Qusyairi memaklumkan bahawa ini bukan kali pertama adiknya itu pergi hiking bersendirian kerana dia telah mendaki bukit itu secara bersendirian sebanyak tiga kali.

Walaupun, ada pihak yang mengaitkan kes adiknya ini dengan alam mistik, Qusyairi memberitahu yang keluarganya tidak putus harapan dan mendoa agar adiknya pulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin.

“Walaupun SAR dihentikan pada 7 Februari, pencarian diteruskan dengan NGO, orang kampung, ustaz dan imam masjid.”

“Alam ghaib ni wujud. Cuma saya dengan keluarga tak taksub. Orang lain nak cakap apa-apa, cakaplah. Allah saja yang tahu. Selagi belum jumpa petunjuk, saya terus ikhtiar,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Qusyairi ada membuat hebahan di aplikasi TikTok mengenai kehilangan adiknya dan menawarkan ganjaran sebanyak RM50K kepada sesiapa yang berjaya menjumpai Akmal.

@

♬ –

Pada hari kehilangan, Akmal memakai jaket kuning, kasut kelabu dan beg sandang hitam berjenama Jeep.

Harap Akmal dapat cepat pulang ke pangkuan keluarganya..

Sumber : mStar, TikTok

Baca : Dakwa ‘Terjatuh’ Masa Hiking, Lelaki Kantoi Tolak Isteri Atas Gunung Lepas Polis Jumpa…

collage 4.16.02 PM 728x383 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.