Bila menjadi pasangan pengantin, semestinya saat yang paling bermakna adalah apabila berjalan menuju ke atas pelamin dan diraikan sebagai ‘Raja sehari’.
Masa itu, pengantin mestilah akan risau dengan penampilan mereka. Iyalah perkara sekali seumur hidup kan, mesti nak kelihatan cantik dan kacak sahaja masa tu.
Berjalan laju dah macam kawad
Namun, lain pula bagi pasangan mempelai ini apabila tular video cara mereka berjalan naik ke atas pelamin yang kelihatan ‘lain macam’ di aplikasi TikTok.
Pengantin wanita yang dikenali sebagai Ryna Mohamad itu berseloroh di ruangan kapsyen menyatakan bila dah berkahwin dengan askar, dengan dia sekali jalan macam tengah berkawad.
Selain itu dia turut memohon maaf kepada tetamu yang hadir kerana tidak sempat untuk mengambil gambar atau video mereka.
@tashaaamohamad sorry🙏🏼 kahwin dengan askar, dengan kita2 sekali jalan laju mcm berkawad masa bersanding😂 #foryoupage #fyp #sweetmemory
Pakai kasut tumit 7 inci
Dalam posting lain, wanita tersebut mendedahkan sebenarnya dia memakai kasut tumit setinggi 7 inci pada majlis tersebut.
Dia juga menyifatkan bahawa bernasib baik tidak ‘terpeleot’ ketika menuju ke pelamin itu. Mana tidaknya, dengan berjalan laju macam tu tak mustahil boleh terjadi. Tapi syukurlah tak ada perkara buruk yang berlaku.
Perkongsian melalui akaun TikTok @rynamohamad ini sehingga kini meraih hampir 500k views.
@tashaaamohamad Reply to @myzaaa__
“Cuba bagi arahan perlahan jalan, mesti slow je”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kejadian itu. Malah ada juga yang bergurau dengan sepatutnya menyuruh bagi arahan perlahan jalan seperti dalam askar.
Takpelah kan, yang penting kenangan tu ada.
Baca : “Semoga awak kuat” -[VIDEO] Wanita Bakar Hantaran,Doorgift, Lepas Tahu Tunang Kahwin Wanita Lain