in

[VIDEO] Jumpa Wanita Menangis Tepi Jalan Siap Nak Bawa Lari Anak, Rupanya Sebab…

ft wanita menangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kisah percintaan dan juga perkahwinan yang dijalinkan pasti akan mempunyai asam garam dan naik turunnya kerana perkara inilah yang akan membuatkan kita lebih akrab kepada orang tersebut.

Bagaimanapun, ada masanya perbalahan yang berlaku itu terlampau besar sampaikan ia boleh menggoyahkan hubungan pasangan suami isteri.


Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang wanita yang sedih menangis di tepi jalan sambil membawa anak-anaknya.

https://www.tiktok.com/@linabaharin_/video/7181487004671118619?amp%3Bitem_id=7181487004671118619&is_from_webapp=v1&item_id=7181487004671118619

Lari rumah bawa anak-anak?

Difahamkan, pemilik akaun TikTok berkenaan, Lina Baharin terjumpa dengan seorang wanita yang dipercayai melarikan diri daripada rumah bersama dua orang anaknya.

Menerusi video berkenaan, Lina dan suaminya terpaksa mengambil tindakan untuk mengawal keadaan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Situasi sedemikian dipercayai berpunca daripada si isteri yang hancur hatinya dalam perihal rumah tangga.

“Dalam pukul 9 malam, saya nampak seorang wanita sedang menangis. Saya berhenti tepi tanya dia kalau ada apa-apa yang saya boleh tolong, tapi dia enggan jawab dan terus menangis,” kata Lina.

Tiba-tiba si suami datang…

Screenshot 2022 12 30 164519

Tidak lama selepas itu, datang sebuah kereta dengan laju yang kemudian berhenti di hadapan Lina dan menghimpit wanita serta anaknya tersebut.

Lina yang juga seorang penguatkuasa tempatan di daerah Kemaman, Terengganu terpanggil untuk cuba melihat apa yang sedang berlaku.

Tambahnya lagi, dia tidak berniat untuk masuk campur hal rumah tangga mereka cuma dia mahu membantu kerana tindakan yang diambil oleh ibu berkenaan amat membahayakan.

Lina dan suaminya telah bertindak membawa anak-anak kecil itu ke tempat yang selamat sebelum menasihati pasangan itu.

“Kemudian kami cuba berbincang dengan si suami untuk memujuk isterinya. Keadaan bila macam ni, orang perempuan selalunya tengah emosi,” ujarnya.

Screenshot 2022 12 30 164543

Lina kemudian menghampiri si isteri yang sedang melayani perasaan dan cuba untuk memberikan kata-kata semangat.

Akhirnya setelah keadaan reda, wanita tersebut telah bersetuju untuk pulang ke rumah dan membawa anak-anaknya memasuki kereta suaminya.

Lina sempat menitipkan pesanan untuk rumah tangga yang sedang bergolak, kunci kepada semua masalah adalah komunikasi.

Sumber : TikTok, mStar

Nasib baik ada akak ni! Kalau tak takut jadi apa-apa jadi dekat ibu tu…

Baca : Wanita Terkedu Suami Ditangkap Basah Dengan Ibu Sendiri

curang ibu mertua 758x399 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.