in

[VIDEO] Jangan Tengok Pada Luaran Je! Pemuda Kongsi Book Rumah Percutian Macam Rumah Hantu, Tapi Rupanya…

Fi Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pepatah ‘omputeh’ pernah berkata, “don’t judge a book by it’s cover” yang bermaksud, jangan menilai sesuatu pada sisi luarannya sahaja. Yang buruk luaran tak semestinya dalamannya juga buruk, ya dak?

Kalau nak cerita tentang rumah, banyak je sekarang ni rumah-rumah yang luarannya nampak macam rumah setinggan, macam rumah hantu, tapi dalamannya mashaAllah! Cantik macam hotel 5 star!


Seperti perkongsian di laman TikTok oleh saudara @aazwann ini, rumah percutian yang ‘dibooknya’ jika dilihat pada luaran, ‘ghisau’ nak masuk! Tapi bila tengok ruangan dalam dia…fuhh tak menyesal!

Rumah percutian yang dijumpai di laman web booking.com ini katanya murah. Berlokasi di kawasan Paya Terubong, Pulau Pinang, rumah ini pada luarannya memang kelihatan menyeramkan. Namun, setelah memasuki di ruangan dalam rumah, sebenarnya rumah itu ‘not bad’…

Rumah percutian itu kelihatan sangat bersih dan terjaga. Ada yang kata lokasi rumah itu agak jauh daripada kawasan bandar, tapi nak jimat punya pasal, kira rezeki lah ni dapat tempat yang okay…

Ia juga telah mendapat bermacam-macam reaksi daripada para netizen. Ada yang terpegun, ada yang seram, ada juga yang minta share lokasi!

Komen Rumah

Kalau korang, korang nak stay ke holiday rumah macam ni? Min tanya je…hehehe

Baca: Rakaman CCTV Tunjuk Kelibat Putih Merayau Dalam Rumah Masa ‘Owner’ Balik Kampung

Baca Rumah

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.