Tular baru-baru ini rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki yang mengendong seorang bayi ke motosikal sebelum didatangi seorang lagi wanita dan mereka terus membonceng motosikal itu pergi dari kawasan kejadian.
Video yang tular di Instagram @info.semasa ini membuatkan ramai netizen membuat spekulasi bahawa kejadian itu adalah kes curi bayi. Namun, terbongkar kisah sebenar rupa-rupanya wanita yang menunggu di motosikal itu adalah ibu kandung kepada bayi berkenaan.
https://www.instagram.com/p/CHNum4EF1fy/?igshid=16a39k3ohthj0
Bukan culik tapi berebut anak
Menurut Harian Metro, polis telah mengesahkan bahawa kejadian bawa lari bayi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah, Melaka semalam adalah berpunca daripada masalah keluarga.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Superitendan Yusharifuddin Mohd Yusop telah mendedahkan kes terbabit bukanlah diklasifikasikan sebagai kes penculikan, tetapi berlakunya perebutan anak antara ibu kandung dengan ibu angkat.
Menerusi video yang berdurasi selama 42 saat itu, kejadian dipercayai berlaku pada 3 petang apabila bayi perempuan yang berusia 5 bulan itu telah dilarikan oleh seorang lelaki dan ibu kandungnya sendiri yang berusia 17 tahun.
Ibu angkat tengah buat Mykid, sekali anak kena ‘rampas’
Ibu angkatnya itu dikatakan telah datang ke UTC untuk menguruskan kad pengenalan Mykid bayi berkenaan. Namun secara tiba-tiba, datang pula seorang lelaki ‘merampas’ bayi berkenaan daripada ibu angkatnya yang sedang hamil.
Lelaki itu telah membawa bayi itu ke tempat letak motosikal dimana ibu kandungnya sedang menunggu dan mereka terus berlalu pergi bersama bayi itu dengan motosikal.
Kejadian itu dikatakan berlaku disebabkan salah faham antara keluarga angkat dan ibu kandung bayi itu.Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan saling mengenali antara satu sama lain.
Allahu, cuba bincang baik-baik dari ‘rampas’ macam tu je.
Baca: “Kesian budak tu yang jadi mangsa” – Parents Berebut Anak Depan Sekolah Disangka Mangsa Culik