Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok mengenai seorang pemuda yang berkongsi detik cemasnya apabila melihat seorang lelaki yang tiba-tiba terbaring di kawasan parkir kediamannya.
Peristiwa itu telah menimbulkan 1,001 persoalan tentang lelaki yang sedang terbaring meraung itu, dengan topi keledarnya berdekatan.
Terbaring meraung dekat parking pukul 5 pagi
@bohjankl Kalau kene Slipped Disc ni memang xleh bawak bincang sakit dia..😖😖😖😖😖😖😖😖😖😖 #2023 #HKL #slippeddisc
Pada masa artikel ini ditulis, video TikTok tersebut telah mendapat 2.1 juta tontonan dan meraih lebih 176K tanda suka.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki yang terbaring sambil meraung kesakitan di lantai sebuah parkir di kediaman mereka.
“Pagi tadi aku on the way naik rumah, ada seorang brother ni tiba-tiba jatuh depan aku lepas tu meraung. Aku fikir dia mabuk ke apa, iyalah pukul 5 pagi.”
“Rupanya dia kesakitan sebab kena slipped disc. Sebelum ni dia pernah operate, tapi dia kena balik lepas turun dari motor, memang meraunglah,” tulisnya.
Dalam keadaan yang gementar, lelaki tersebut cuba meminta lelaki berkenaan untuk kekal bertenang sebelum memanggil pengawal keselamatan sambil menunggu ketibaan ambulans.
Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan
Susulan video itu tular di TikTok, pemuda tersebut telah tampil memberikan penjelasan lanjut mengenai kejadian yang berlaku itu.
Pemuda tersebut menerangkan bahawa dia berpegang pada tiga B iaitu berhenti, bertanya, dan bantu dan jika kita rasa tidak mampu untuk membantu kita boleh minta orang lain untuk bantu.
Menurut pemuda itu, mangsa itu tidak menjawab segala pertanyaanya dan hanya meraung kesakitan hingga menunjukkan kesan operate di belakang badannya.
“Aku tanya slipped disc ke, dia cakap ya. Aku tahu macam mana rasa slipped disc sebab aku pernah kena, tapi mungkin tahap yang rendah,” tulisnya.
Warganet kagum dengan pemuda tersebut!
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan pemuda yang sanggup memberanikan diri dan menghulurkan bantuan kepada individu yang terbaring itu.
Ada juga netizen yang boleh relate dengan kesakitan slipped disc itu kerana mereka ataupun ahli keluarga mereka pernah lalui perkara yang sama.
Korang ada experience slipped disc tak? Sakit gila weiiiii
Baca : Biadap! Pelajar Buli Budak OKU Sambil Ketawa, Kawan-kawan Siap ‘Support’ Lagi