Perkhidmatan pengangkutan awam dilihat semakin ke arah yang lebih positif, terutama sekali bagi penduduk di Lembah Klang.
Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan susur tangan (handrail) eskalator yang longgar dan tercabut mengejutkan beberapa orang penggunanya, insiden itu dipercayai berlaku di MRT Muzium Negara.
Perkongsian oleh pengguna Twitter @zulfadhlizahir memuat naik video dan gambar yang menunjukkan penutup getah itu terangkat dari susur tangan ketika eskalator sedang berjalan dan digunakan.
Ngeri juga handrail escalator tercabut dekat MRT pic.twitter.com/6ealD4oFxr
— JUBAQUE (@zulfadhlizahir) January 4, 2023
Beberapa penumpang yang menggunakan eskalator tersebut kelihatan cemas apabila melihat kerosakan yang berlaku itu.
Pun begitu, dalam masa beberapa jam pihak MRT dan Rapid KL telah menghubungi pengguna Twitter tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana memaklumkan mereka tentang isu berkenaan.
We apologize for the inconvenience. We will share this with the operator of the MRT Putrajaya Line/Kajang Line @AskRapidKL. If you require immediate response from the operator, you can also contact Rapid KL directly @AskRapidKL
— MRT Corp (@MRTMalaysia) January 4, 2023
Mereka telah mengajukan perkara itu kepada pengendali untuk menyelesaikan isu tersebut dan pihak Rapid KL memberitahu keadaan eskalator itu telah kembali seperti biasa pada hari yang sama.
Hai @zulfadhlizahir. Untuk makluman, handrail eskalator tersebut telah selesai dibaikpulih pada jam 1.00 petang tadi. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. -Aleef pic.twitter.com/QVI6Gh6Bme
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) January 4, 2023
Ramai netizen yang memuji ketangkasan pihak MRT dan Rapid KL bagi menyelesaikan isu tersebut, ramai juga yang berterima kasih kepada kedua-dua pihak itu kerana mementingkan keselamatan pengguna.
Mantap lah!
Baca: “Padu teruk YB Anthony Loke ni” – Selepas KLCC, Eskalator Di Beberapa Stesen MRT Dibaik Pulih