Isu masalah kemudahan awam seperti keadaan jalan yang daif dan ketiadaan jambatan yang selamat di Sabah sudah lama menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.
Baru-baru ini, muncul lagi satu video di Facebook memaparkan beberapa pelajar dari Keningau, Sabah terpaksa berdepan detik membahayakan apabila mereka harus meniti sebuah batang paip untuk pergi dan pulang dari sekolah .
Menerusi sumber dari Twitter, situasi ini katanya berlaku apabila kawasan tersebut yang terletak di Kampung Mansiang Baru, Keningau dilanda banjir dan para pelajar ini tiada jalan lain dengan terpaksa meniti batang paip tersebut demi melalui arus air yang deras.
Situasi juga dilihat agak bahaya kerana keadaan batang paip yang licin dan pelajar juga berisiko dibawa arus deras jika jatuh. Aduhai…
Asal hujan banjir,asal banjir terpaksa ikut laluan batang paip.
Licin dan sangat berisiko (jatuh).
Pelajar , guru-guru dan penduduk kampung bergadai nyawa demi sebuah kehidupan.
Antara Ilmu dan pengorbanan
Tidak mengapa,janji menteri Sabah Naik gaji 40%? pic.twitter.com/BsAv7nnZkR
— It's me Pia?? (@PiaPinah_MH) July 26, 2022
“Ngerinya laluan diorang ni. Semangat diorang kuat”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa seriau dan sangat merisaukan keadaan pelajar di kampung tersebut.
Ramai juga memuji semangat pelajar yang sanggup bergadai nyawa untuk ke sekolah, namun pada masa yang sama geram dengan sikap pihak berkuasa tidak membina jambatan buat penduduk di situ.
Semoga pihak berkuasa take notelah akan situasi yang dialami penduduk di kampung ini. Sama-sama kita viralkan hingga sampai ke pihak atasan.
Baca: “Membahayakan nyawa” – Kanak-kanak Terjatuh Ketika Lalu Jambatan Usang Untuk Ke Sekolah Di Sabah