Sejak semalam, media sosial dibanjiri dengan gambar dan video oleh orang ramai yang memaparkan jari berdakwat sebagai tanda mereka sudah selesai mengundi.
Namun, ada segelintir daripada mereka yang mengaku berasa tidak selesa apabila dakwat kekal itu berada di jari mereka untuk tempoh yang lama. Malah, mereka bersusah payah mencari jalan untuk menghilangkan dakwat kekal di jari mereka itu.
Pelakon selebriti, Emma Maembong melalui Instagramnya, telah berkongsi sebuah video memaparkan satu kaedah yang boleh dicuba oleh pengikutnya untuk menghilangkan dakwat kekal di jari mereka.
Aikk senangnya hilang?
https://www.instagram.com/p/ClJgRHthtz2/
Menerusi video tersebut, dapat dilihat yang Emma hanya menggunakan hair removal cream berjenama Veet dan menggosok kawasan berdakwat itu sehingga bersih dan tiada kesan.
“Cara hilangkan dakwat di jari, guna Veet. Letakkan dalam beberapa saat, kemudiannya gosok sampai bersih,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dakwat yang didakwa kekal itu, sememangnya dapat dihilangkan dengan cara ini dan ia telah meraih perhatian warganet yang melihatnya.
“Ruginya nak buang, 5 tahun sekali je..” – Netizen
Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata mengatakan mereka tidak terganggu dengan dakwat tersebut yang kekal dalam tempoh yang agak lama.
Ada juga yang mengatakan dakwat itu adalah tanda kenangan manis Pilihan Raya Umum (PRU) yang hanya diadakan setiap lima tahun sekali.
Namun, ada juga warganet yang berkata perkongsian Emma ini untuk rakan-rakan artisnya yang mungkin mempunyai shooting dalam masa terdekat.
Terlebih dahulu, Emma telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat dengan membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Desa Pandan pada 19 November lalu.
https://www.instagram.com/p/ClIoPooBokw/
Berguna juga tips dari Emma ni….
Baca : Ramai Dakwa Tidak Dapat Mengundi, Kad Pengenalan Telah Digunakan Individu Lain