in

[Video] Dibayar ‘Viewers’, Lelaki Paksa GF Mengandung Berdiri Kat Luar Pakai ‘Spender’ Je Sampai Mati Kesejukan

ft content

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semata-mata content dan wang, sanggup youtuber ini pertaruhkan nyawa teman wanitanya. Kalau bukan girlfriend pun perkara yang dia buat ni salah, seolah-olah nyawa itu hanya mainan sahaja.

Valentina “Valya” Grigoryeva, 28 tahun mati dalam keadaan terseksa setelah disuruh melakukan aksi gila oleh teman lelakinya. Yang lebih tak boleh diterima akal, wanita malang ini sedang hamil.


Valya dipaksa oleh Stas Reeflay, 30 (atau nama sebenarnya Stanislav Reshetnikov) untuk berdiri di luar rumah dalam keadaan tak berpakaian dengan suhu bawah paras kosong!

Viewers membayar Stas $1,000 (RM4,073.50) untuk melihat ‘content’ tersebut dalam ‘livestream’. Dengan hanya pakaian dalam (bra dan spender) Valya mati akibat hipotermia setelah berada 15 min di luar.

Hipotermia adalah keadaan yang berlaku apabila badan kehilangan haba lebih cepat daripada ia menghasilkan haba. Ini berlaku apabila suhu badan jatuh di bawah 35°C (95 °F). Jika dibiarkan tanpa rawatan, organ dalaman boleh gagal sekaligus mengancam nyawa. – hellodoktor

 

“Guys, tiada denyutan nadi. Dia pucat dan tidak bernafas.”

Dalam stream tersebut, Stas sudah nampak Valya sedang nazak namun masih meneruskan sesi live tersebut sambil berkata-kata terhadap tubuh yang tak bermaya.

Valya, kau masih hidup? Sayang, kau kenapa ni? Valya! Valya! Sayang, tolong katakan sesuatu. Aku risau ni. Damn! Aku tak dapat rasa ‘heartbeat’ dia…

Gais, tiada denyutan nadi. Dia pucat dan tak bernafas.”

Hayat terakhir gadis ini ditonton beribu-ribu orang. Live masih diteruskan sehingga pasukan kesihatan tiba.

Masa dia tarik Valya masuk rumah, dia tak balutkan dengan kain panas pun. Biarkan Valya atas lantai dengan tak berpakaian sambil berikan ‘bantuan’.

Selepas tiada degupan jantung barulah dia menghubungi bantuan, pada masa itu sudah pun terlambat kerana Valya sudah tak dapat diselamatkan dan disahkan mati di lokasi kejadian lapor nypost.

Kini Stas sedang ditahan pihak polis kerada didakwa sengaja membunuh teman wanitanya dan berdepan hukuman penjara 2 tahun hingga maksimum 15 tahun jika disabit kesalahan.

 

Baca : “Po beruk belako” – [VIDEO] Content Viral Dikecam, Buat Marketing Suruh Isteri Tampar Suami Untuk Dapat Tudung Free

content

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.