in

[VIDEO] Budak Sekolah Selamba ‘Speed’ Langgar Lampu Merah Sampai Rempuh Ayah Bawa Anak

ft budak sekolah rempuh orang

Satu video tular di media sosial ini telah mengundang kemarahan orang ramai apabila menyaksikan tindakan 2 pelajar sekolah ini.

Video kemalangan itu melibatkan seorang ayah bersama anaknya yang berumur 12 tahun menjadi mangsa pelanggaran 2 pelajar sekolah itu.

 

Budak sekolah rempuh motor orang sampai terpelanting

Menerusi satu perkongsian video di Twitter, sumber menyatakan bahawa kejadian ini di Bukit Beruang, Melaka. Kejadian ini berlaku di satu kawasan lampu isyarat, dilihat 2 pelajar tersebut menunggang motor dengan begitu laju dan dengan selamba melanggar lampu merah.

Apa yang memeranjatkan lagi adalah pelajar tersebut melanggar dua beranak itu sehinggakan salah seorang terpelanting agak jauh.

Screenshot 2023 04 14 180517 Screenshot 2023 04 14 180539

Biarpun semuanya cedera, sumber bagaimanapun melaporkan bahawa tiada yang cedera parah. Namun begitu, pemilik video menggesa agar mana-mana pelajar dan individu yang melanggar lampu isyarat merah perlu diambil tindakan sewajarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bengang melihat tindakan pelajar sekolah itu, mereka juga turut menasihati para ibu bapa agar tidak sewang-wenangnya membenarnya anak mereka menunggang motosikal.

Boleh tengok video penuh kat sini

Screenshot 2023 04 14 181332 Screenshot 2023 04 14 181355

Haih, pakai baju sekolah lepastu nanti menyusahkan ramai pihak, cikgu, ibu bapa semua kena.

Baca : Haidar Ambil Tindakan Lepas Dituduh Memandu Dalam Keadaan Mabuk Sampai Kemalangan 

ft haidar hasnudin penjelasan