Baru-baru ini telah tular sebuah kisah mengenai adik Mohamad Adiffiras yang berusia 11 tahun telah membuat netizen tersentuh apabila dia sanggup membuat kepuk kubur sendiri untuk arwah bapanya yang meninggal dunia pada tahun lepas.
Menurut ibu Firas, Siti Nurul Aini Khamis berkata, anak keduanya itu berkeras mahu membuat kepuk sendiri kerana tidak mahu kubur ayahnya itu lesap dihanyutkan jika berlaku banjir atau hujan lebat.
@akhmarsalehudin Ketabahan adik nie untuk membuat kurbur ayahnya seperti kubur2 lain dengan adanya kepuk dibina sendiri!! Baru berumur 11 Tahun geng.. #kasihsayang #kisahnyata #anaksoleh
Difahamkan kubur anak sulung Aini yang meninggal pada tahun 2010, tidak mempunyai kepuk mahupun batu nisan kerana keluarga tersebut tidak mampu untuk menanggung kos pembinaan kepuk kubur sekali gus menyebabkan ia hilang selepas dihanyutkan air.
Selepas kejadian itu, Firas berkeras untuk membina kepuk buat pusara arwah bapanya.
“Dia tak mahu kubur arwah bapanya hilang macam kubur arwah kakak. Hari tu, tanah kubur arwah suami saya mendap sebab hujan lebat. Firas menangis, dia takut kubur tu hilang. Sebab itulah dia bersungguh nak buat kepuk sendiri,” kata ibu FIras.
Menurut Firas, dia mengambil masa dalam 20 hari untuk memunggah batu-bata dan membina sendiri kepuk di kubur bapanya itu.
Lebih sayu, Firas menggunakan tanah merah di sekitar kubur untuk menggantikan simen dalam pembinaan kepuk tersebut namun tidak berjaya kerana tanah tersebut tidak melekat.
“Dia bawa batu-batu dari rumah dengan menggunakan basikal. Bila hujan turun, batu-bata tu tergolek. Dia menangis kutip letak balik.”
Oleh kerana kesungguhan Firas membina kepuk tersebut, Aini telah membeli tiga kilogram simen secara dalam talian untuk membina kepuk tersebut dan setelah kepuk itu siap dibina, Firas telah memeluk batu nisan milik arwah ayahnya itu.
“Saya minta dia bersabar kerana kami tak ada duit. Dia ambil tanah merah untuk bancuh, tapi tak lekat. Dalam hujan lebat dia menangis,” ujar Aini.
Sedikit latar belakang mengenai Aini, dia seorang suri rumah dan mengharapkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak zakat untuk perbelanjaan dia dan anak-anak.
“Itu tanda kasih sayang dia pada arwah ayah dia” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh dengan jasa dan usaha adik tersebut yang gigih dalam membina kepuk untuk pusara ayahnya.
Semoga adik ini menjadi anak yang soleh!
Baca : Ibu Hilang Di Hospital Masa Tunai Umrah, Rupanya Dah ‘Pergi’ Sehari Sebelum Pulang Ke Tanah Air