Ft Leapmotor C10

Seorang pempengaruh baru-baru ini memenangi sebuah kenderaan elektrik Leapmotor C10 selepas berjaya melengkapkan cabaran yang diadakan oleh syarikat Leapmotor Malaysia di Plaza Arkadia, Desa Park City.

Iman Kamil, pempengaruh yang sering berkongsi tentang gaya hidup dan gajet baru-baru ini berjaya memenangi kenderaan elektrik selepas berjaya mengharungi cabaran tinggal di dalam kenderaan tersebut selama 24 jam.


Selama tempoh berkenaan, Iman Kamil, Shawn Lee dan Muachi perlu melakukan beberapa challenge yang perlu dilakukan secara live streaming serta beberapa mini challenge yang perlu diselesaikan.

461293495 122116835066464120 6819577709660255421 N

Untuk acara ’24-hour KOL Challenge’ yang berlangsung baru-baru ni, antara mini challenge yang perlu dilakukan oleh mereka bertiga ialah cabaran memuatkan kotak paling banyak dalam bahagian bonet C10 tersebut dan diteruskan pula dengan cabaran karaoke.

Untuk kaki camping atau sering sertai perjumpaan keluarga dan sebagainya, ruangan belakang kereta ni sangat luas dan memang muat kalau korang nak muatkan pelbagai barangan untuk trip korang tu atau pempengaruh yang nak masukkan peralatan untuk rakaman video.

Glu7808

Kalau korang nak tahu, SUV Leapmotor C10 ni merupakan kenderaan elektrik yang sangat luas, selesa dan dilengapi pelbagai ciri-ciri sehingga ianya boleh dianggap sebagai rumah.

Dari segi keselesaan, Leapmotor C10 dilengkapi dengan kerusi yang mempunyai 7 lapisan 3D kulit silikon yang bukan sahaja selesa tetapi sangat bersesuaian untuk keluarga yang mempunyai anak kecil kerana kerusi berkenaan tidak membebaskan bahan kimia dan mudah untuk dibersihkan.

Glu7755

Dalam masa yang sama, ia mempunyai ruang yang sangat luas dengan kerusi yang boleh diturunkan 180 darjah, kerusi belakang jenis reclineable untuk sokongan tulang belakang yang lebih baik untuk perjalanan yang panjang.

Selain itu, untuk korang yang sering memandu jarak jauh, Leapmotor C10 ni dilengkapi dengan Nap Mode yang membolehkan korang dapatkan ‘nap’ atau baring seketika kalau perjalanan jauh.

Tak cukup itu, kalau korang suka menikmati keindahan langit malam, Leapmotor C10 ni ada panoramic sunroof yang membolehkan korang tidur atau melayan perasaan sambil dilatari langit malam yang indah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IMAN KAMIL (@yes_iman)

Tak cukup dengan itu, sekiranya korang mencari kenderaan SUV yang ‘bijak’ korang mesti suka Leapmotor C10 ni sebab ianya didatangkan sistem infotainment yang dilengkapi dengan lampu ambience yang boleh dicustom mengikut rentak lagu, kerusi boleh laras, guard mode, nap mode dan pelbagai lagi.

Glu7733

Selain itu, SUV ini juga didatangkan dengan Advanced Driver-Assistance Systems termasuk bantuan pemanduan ketika kesesakan lalu lintas, amaran untuk pemandu mengantuk dan perhatian serta amaran sekiranya perhatian pemanduan terganggu.

Antara kelebihan lain Leapmotor C10 ni termasuklah pengecasan 30% hingga 80% hanya memerlukan 30 minit dan perkara ini juga termasuk dalam salah satu cabaran yang mana KOL ini perlu cari cara untuk mengecas kenderaan elektrik ini hingga 100%.

Setiap cabaran yang berjaya dilengkapi, KOL ini akan menerima markah dan pemenang keseluruhan acara ini ialah Iman Kamil dengan kutipan markah tertinggi. Korang tengoklah sendiri reaksi Iman yang tak percaya dia berjaya membawa pulang Leapmotor C10 baharu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IMAN KAMIL (@yes_iman)

Kalau korang nak tengok pelbagai ciri menarik SUV Elektrik Leapmotor C10 ni, korang boleh ke laman web Leapmotor atau ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan juga Instagram untuk maklumat lanjut mengenai Leapmotor C10.

Sumber: Leapmotor