Anak merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga serta tidak dapat digantikan walaupun dengan duit yang banyak. Suami isteri adalah pasangan yang paling happy dalam dunia bila dapat tahu dorang dah dikurniakan cahaya mata terutama sekali bagi yang menunggu zuriat pertama.
Sesetengah ibu bapa sabar menanti dan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga dan kos yang tinggi. Min automatik teringat dekat Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang menunggu kehadiran puteri sulungnya, Aafiyah selama 11 tahun.
Baru-baru ini, viral di TikTok negara jiran, Indonesia @bidan.widya yang berkongsi tips apabila bayi tersedak dan sukar bernafas. Owner ni share video sebab dah banyak ‘baby’ tersedak susu sehingga bawa kepada kematian. Sekarang ni, jom min sharekan tips-tips yang diberi oleh TikTokers ni kat korang!
@bidan.widya #widyahomecare #bidanwidya #bidan #bayitersedak #tersedak #infobayi #pijatbayi #homecare
1. Stop menyusu ‘baby’ bila ‘baby’ tersedak
Ibu yang tengah menyusu bayi patut cepat-cepat stop bila baby tu tersedak sebab kalau diteruskan, takut situasi jadi lagi teruk dan boleh bahayakan baby.
2. Miringkan ‘baby’
Kalau boleh posisikan kepala baby dengan lebih rendah dan kemudian tepuk-tepuk perlahan punggung baby tu supaya susu tak masuk ke saluran nafas dan susu boleh keluar dari mulut.
3. Posisikan ‘baby’ secara meniarap
Dalam posisi ni, pastikan kepala baby lebih rendah dari badan dan tepuk-tepuk bahagian punggung baby dengan perlahan.
Min harap ibu bapa kat luar sana bolehla ambik ilmu dan apply tips TikTokers ni kalau baby korang mengalami situasi tersedak susu okayy?
Baca: “Penumpang Kapal Terbang Nyanyi Lagu Baby Shark Lepas Lihat Ada Budak Tak Henti Menangis”