in

[VIDEO] Aunty Kongsi Cara Paling WIN Untuk Jawab Soalan Makcik Bawang Pasal ‘Bila Nak Kawin’

page kawin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun baru masuk tahun 2022, kehangatan majlis perkahwinan masih lagi terasa. Mana taknya, kalau bukak media sosial je mesti sini kawin, sana kawin, mana-mana kawin…

Bagi yang dah cecah umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga mesti akan selalu ditanya dengan geng makcik bawang pasal “Bila nak kawin?”. Kalau kerap ditanya, mesti lama-lama kita akan menyirap juga kan?


Tapi semalam, tular di media sosial tentang satu video yang dibuat oleh aunty ni mengenai jawapan yang sesuai digunakan bila kena tanya soalan macamtu. Video asal dari TikTok itu telah dikongsikan di Twitter menerusi akaun @LelakiOnTheGo.

https://twitter.com/LelakiOnTheGo/status/1476975212910370816?t=_5K8Pfax6C5rh9ru6q10HA&s=19

“We cannot stop them from asking this… Bila orang tanya kita macam tu, kita jangan sakit hati… Either kita cakap kat dia, doalah untuk saya, saya nak kawin ataupun carilah jodoh untuk saya…” – Aunty dalam video

Dalam video yang berdurasi 2 minit 20 saat itu, aunty tersebut juga menceritakan tentang pengalamannya ditanya oleh besan sendiri tentang perkahwinan selepas suaminya meninggal dunia.

Jawapannya yang rasional dan juga berhemah membuatkan besannya terdiam kerana aunty tersebut mengaku bahawa dirinya masih ada keinginan untuk berkahwin lagi sekali kerana mendakwa dirinya tidak boleh jika tiada suami di sisi.

“Aunty tak terasa apa-apa pun… Aunty just cakap yang aunty memang gatal, nak kena kawin jugak… So, aunty rasa orang kita ni, they won’t stop from asking you, ‘Bila nak kawin?’ ” – Aunty dalam video

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi warganet yang buatkan mereka rasa aunty ini seolah-olah memahami keadaan mereka pada masa yang sama memberi nasihat untuk menjawab soalan-soalan ‘panas’ dari makcik bawang dengan sopan.

full twt

Aunty tu sempat pesan yang kita kena sedia maklum yang makcik-makcik bawang ni memang non-stop untuk tanya pasal life kita. Cumanya, kita kena pandai tackle jawapan untuk diorang… Gitcheww…

Baca: Majlis Kahwin Langgar SOP, Polis Tunggu Kamal Adli & Uqasha Senrose Pulang Dari Umrah

untitled 3

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.