Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, mengenai seorang ibu yang berkongsikan kisah apabila dia membelikan hadiah buat anak sulungnya yang selalu membantu dia dalam urusan menjaga adik-adik yang lain.
Pada masa artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima lebih 500K jumlah tontonan serta meraih 62,000 tanda suka dalam masa kurang daripada sehari.
@ct_aisyah33 Insan pertama y hadir dlm rahimku…Ma syg Along Dunia Akhirat ♥️ Terima kasih syg…utk segalanya…🤍🤍🤍
Menerusi video tersebut dapat dilihat seorang kanak-kanak yang dipercayai adalah anak sulung kepada individu yang memuat naik video tersebut.
Pada awalnya, si ibu hanya mengajak anaknya itu berborak kosong semasa berada di dalam kereta sambil bertanyakan soalan jika dia menyayangi ibunya itu meskipun selalu dimarahi.
Difahamkan, along mahu membeli sebuah konsol permainan yang berbentuk seperti sebuah streering kereta namun dia tidak mahu menyusahkan ibunya, oleh itu dia berniat untuk mengumpul duit dan membeli barangan itu dengan duit sendiri.
Tanpa pengetahuannya, si ibu sebenarnya sudah pun membelikan konsol permainan tersebut, tetapi dia masih menyembunyikannya daripada pandangan along.
Setelah si ibu memberikan hadiah tersebut, kelihatan kanak-kanak itu berasa sebak sebelum mengalirkan air mata kegembiraan terhadap pemberian itu.
Menurut si ibu, anak sulungnya itu lah yang menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya dan dia juga seorang yang jarang menangis.
Netizen turut berasa sebak!
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat kegembiraan anak beranak itu dan ada juga netizen yang boleh relate dengan pengorbanan yang harus dilakukan oleh seorang anak sulung di dalam keluarga.
Macam ni mata min pun rasa nak nangis..
Baca : Viral Video Menapak Bawah Panas Hantar Makanan, Foodpanda ‘Walker’ Dapat Hadiah Basikal