Baru-baru ini, tular satu kejadian apabila beberapa pemuda menyerang peniaga wanita di Bangi kerana dipercayai ‘mengumpan’ warga emas untuk memberi produk jualannya dengan harga yang tidak masuk akal.
Difahamkan, peniaga tersebut didakwa telah mendesak seorang warga emas untuk membeli satu perkakas dapur dengan harga lebih RM 4,000!
Malah, pemilik video mendakwa bahawa peniaga itu mendesak warga emas untuk membuat bayaran dengan kadar segera tanpa memberikan peluang kepada mangsa untuk berbincang dengan ahli keluarga.
Artikel berkaitan: Kenaikan Harga Barang, Pengarah KPDNHEP Melaka Minta Rakyat Kurangkan Makan Telur
Artikel berkaitan: Lubuk ‘Online Scammer’ Diserbu, Kemboja Tahan 75 Suspek
Satu barang lebih RM4,000!

Dalam video yang berdurasi 2 minit itu dilihat beberapa orang lelaki bertengkar dengan wanita dan orang ramai berkerumun mengelilingi kawasan kejadian.
Menurut pemilik video, selain memaksa peniaga membuat pembayaran dengan cepat, mangsa yang merupakan ayah kepada pemilik video yang berusia 66 tahun itu juga didesak untuk bermain cabutan bertuah.
“Mangsa ayah sahabat baik saya, dia (mangsa) bayar sebanyak RM4,700 untuk satu barang, mangsa warga emas berumur 66 tahun. Perempuan tu melenting sebab kena serbu daripada pihak kami.”
Menurut pemilik video lagi, dalam video tersebut pertengkaran itu berlaku antara anak mangsa bersama beberapa orang lagi rakannya dan pihak mereka telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Berikutan dengan kejadian serangan itu, ahli keluarga mangsa difahamkan telah berjaya menerima semula wang pembayaran yang dibuat oleh warga emas tersebut secara tunai.
“Kami desak sampai dapat tunai, ramai lagi mangsa tak dapat duit refund,” katanya kepada Lobak Merah.
Dalam video tersebut, disertakan juga harga barangan yang dijual dalam satu risalah di premis berkenaan yang didakwa tidak masuk akal.
Netizen juga pada masa yang mendesak agar ahli keluarga mangsa untuk membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP) berkenaan isu tersebut.
Sumber : Threads
