Pada tanggal 6 Mei lalu, dunia menyaksikan pertabalan Raja Charles III sebagai raja United Kingdom yang baru selepas kemangkatan ibunya, Ratu Elizabeth II pada bulan September tahun lalu.
Upacara penuh istiadat itu diadakan di gereja diraja Westminster Abbey dan dihadiri oleh wakil-wakil negara Komanwel serta ketua-ketua negara yang lain.
Sebelum ini, busana serba kuning Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi perhatian dunia, kali ini kesopanan kedua-dua figura ini pula dipuji.
Tular sebuah video, memaparkan YDPA serta permaisuri mengelak untuk melangkah plak peringatan yang terpahat nama-nama besar negara itu di Westminster Abbey baru-baru ini.
Rakaman yang menunjukkan YDPA & Permaisuri Agong mengelak daripada melangkah plak peringatan di Westminster Abbey. pic.twitter.com/i0WSW9a8r7
— Samudera.my (@MySamudera) May 9, 2023
Difahamkan, plak tersebut menandakan nama-nama besar mereka yang disemadikan di gereja berkenaan.
Tindakan YDPA dan permaisuri itu turut diikuti oleh pasangan diraja Thailand, Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida.
“Nampak kesopanan orang Asia”
Klip pendek itu menarik perhatian ramai dan rata-rata memuji tatatertib yang ditonjolkan oleh YDPA serta permaisuri.
Daulat Tuanku!