in

Ustazah Bagi Teguran ‘Sayang’ Untuk Pengantin Yang ‘Menggeletar’ Masa Suami Sarung Cincin Lepas Bernikah

page sarung cincin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang rajin scroll sosial media terutamanya TikTok, memang kerap jugalah lalu di FYP video-video orang yang baru saja selesai akad nikah, majlis sanding. Hmm, terus terasa single tengok semua tu…

Tipulah kalau terlepas content pengantin baru yang malu-malu masa dah sah jadi suami isteri sampai menggeletar bila nak disarungkan cincin. Malah, ada yang memuji kerana menyifatkan pengantin tersebut sejenis yang menjaga batas kerana takut untuk dipegang.


Disebabkan ia menjadi trend sekarang ni, seorang ahli agama atau lebih dikenali sebagai Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh tampil memberikan sedikit teguran menerusi satu posting di akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

https://www.facebook.com/753713323/posts/10160190515988324/

“Wanita high class adalah dia yang….”

Ujarnya di bahagian kapsyen yang ditulis, sesi sarung cincin yang ringkas sepatutnya dapat diselesaikan dalam masa lebih kurang 10 saat bersama dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ sebagai tanda syukur.

kahwin

Namun, aksi ‘menggeletar’ si isteri akan menjadi satu perkara yang dibuat lawak dan diselangi dengan usikan-usikan ‘nakal’ dari jemputan yang ada ketika itu menyebabkan pengantin akan berasa lebih malu untuk jangka masa yang lama.

“Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang” – Ustazah Sharifah Zahidah

Tambah ustazah ini sambil memetik nasihat dari gurunya mengatakan, bahawa muslimah sejati adalah wanita yang tunjukkan rasa malunya pada wajah dan bukan pada tindakan namun orang sekeliling tahu dan menghormatinya.

237977 13 32 824886

Dia turut menegaskan bahawa tegurannya itu dibuat sebagai tanda sayangnya kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dan juga mengharapkan agar aksi itu tidak lagi menjadi ikutan selepas ini.

Comel je ustazah ni tegur… Semoga jadi manfaat untuk korang semua ya? Jangan sebab nak jadikan trend je tau.

Baca: “Ni child grooming” – Dilamar Ustaz Ketika Berusia 14 Tahun, TikTok Gadis Terima Kecaman Netizen

ustaz lamar umur 14 tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.