in

“Ustaz tidak bersalah” – Nora Dakwa Suami Dipaksa Lafaz Cerai Tanpa Sebab

Ft Nora Ariffin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi kita digemparkan dengan perceraian penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema, Datuk Nora Ariffin yang dikatakan dilafazkan menerusi sebuah video oleh bekas suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Video yang tular itu walau bagaimanapun telah ditutup ruang komennya dan sebelum ini juga dikatakan pernah timbul spekulasi yang mengatakan rumah tangga Nora dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah.


Artikel berkaitan : “Tak terfikir untuk hidup mewah dgn jalan pintas” – Nora Ariffin Jawab Dakwaan Sudah Bernikah Dengan Menteri Wilayah?

Artikel berkaitan : “Saya mengaku itu dia” –  Nora Ariffin Beri Penjelasan ‘Video Kontroversi’ Anak Tular Di Media Sosial

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Berikutan dengan insiden tersebut, Nora tampil memberikan respon berkenaan kes penceraiannya itu. Jelasnya kepada Berita Harian, lafaz cerai yang dibuat oleh bekas suaminya itu dibuat tanpa kerelaan.

Katanya lagi, Rushdi dipaksa melafazkan talak dan diminta merakamkan aksi itu melalui video untuk dijadikan bukti. Bagaimanapun, Nora enggan mendedahkan individu yang memaksa bekas suaminya itu melakukan perkara sedemikian.

Screenshot 2024 08 13 105517

Malah, penyanyi Dendam Dalam Diam itu juga ada memuat naik satu kenyataan menerusi IG Story miliknya dengan menyatakan bahawa bekas suaminya itu tidak salah dan menjelaskan bahawa dirinya kini dalam keadaan tergamam.

Sekadar info, Nora mendirikan telah rumah tangga dengan Rushdi pada 2021. Nora memaklumkan bahawa dia telah bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.

Sebelum ini, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.

Sumber : Berita Harian, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.