in

‘Ustaz’ Femes Kena Hentam Sebab Panggil Perempuan ‘Kehodohan Alam’

Aiman Banna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di Twitter baru-baru ni bila seorang gadis ada muat naik satu video ceramah daripada seorang penceramah bebas yang agak dikenali di media sosial.

Video tu dimuat naik 5 November lalu dan apa yang buat gadis tu marah is because katanya ‘ustaz’ tu menggunakan bahasa yang kasar waktu berceramah. Lebih buat dia bengang, lelaki tu gelar perempuan dengan panggilan yang agak biadap.


Tak payah lah panggil dia ni bagi ceramah. Dah sampai panggil perempuan ‘kehodohan alam’.”

Whatsapp Image 2018 11 07 At 12.27.41
sumber: twitter

Rupa-rupanya lelaki ni memang selalu kena bash dengan para pengguna Twitter kerana ceramah dia yang dianggap annoying dan kadang kala macam irrelevant. Katanya, ‘ustaz’ tak habis habis dengan ceramah dan hujah mengajak orang kahwin muda (sebab dia pun kahwin muda).

Kalau ikutkan ceramah dalam video tu, ‘ustaz’ tersebut tengah berhujah pasal isu wanita menutup aurat guna emoji bila nak upload gambar dekat media sosial.

“Dekat luar kau tak tutup pulak. Siapa Tuhan kau sebenarnya, followers ke Allah?”

Kata-kata tu kemudian dapat sorakan daripada orang yang datang dengar ceramah dia yang dibuat di sebuah sekolah. Ada juga pelajar sekolah tu yang buat statement dekat Twitter mengatakan yang dorang pun tak suka cara ‘ustaz’ ni.

Pelajar 2
sumber: twitter
Pelajar 1
sumber: twitter

Gadis tu actually tak kisah pasal point atau isu yang nak dibahaskan ‘ustaz’ tersebut tapi tidak perlulah sampai nak menghina.

‘Ustaz’ yang dikenali sebagai Aiman tu kemudian ada beri respon lepas dia tahu ramai yang tak berpuas hati dengan cara dia bagi ceramah.

Komen Aiman
sumber: twitter

Tapi, yang peliknya Aiman ni dah padam komen gadis tu dan semua komen yang tak bersetuju dengan cara dia walaupun mereka cakap dengan cara yang elok.

Delete Comment
sumber: twitter

Ramai jugak netizen yang setuju dengan gadis ni dan tak berpuas hati dengan Aiman tu. Rata-ratanya anggap cara dia tu annoying sebab konon-konon nak nampak ‘savage’.

“Saya pun menyampah dengan dia. The way he talks sangat annoying. Konon nak nampak savage lah tu.”

“Cara dakwah dia sangat terpesong daripada yang sepatutnya. Bahkan bila ada yang menegur, dia delete komen.”

“Aku tak berapa berkenan juga dengan Aiman ni.”

Tapi ada juga lah yang tak berapa setuju dan kata yang gadis ni sepatutnya respect pada insan bergelar ‘ustaz’ apatah lagi tu antara ahli dalam Majlis Dakwah Negara.

Komen Tak Setuju
sumber: twitter

Basically gadis ni nak cakap, niat tak menghalalkan cara. Memang niat tu baik sebab nak tegur perempuan bab aurat tapi kenapa perlu sampai menghina.

Apa pendapat korang? Cuba share dengan admin dekat komen!

Baca: “Kalau ustaz taknak doakan mangsa di sana, cukuplah dengan menjaga sensitiviti…”

Puamindihentam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.