Individu yang dikatakan seorang ustaz di TikTok kini sedang menjadi kecaman hebat di Twitter, bahkan, lelaki tersebut juga telah mendapat tentangan hebat oleh seorang pendakwah berkenaan dengan kenyataannya itu.
Dakwa fenomena bulan sebelah bintang baru-baru ini adalah ‘bulan berekor’
Ceritanya bermula apabila pendakwah popular di media sosial yang dikenali sebagai Ustaz Addien di Twitter ada membahaskan respon daripada warganet berkenaan dengan perkongsiannya di TikTok tentang fenomena Moon & Venus Conjuction baru-baru ini. Satu fenomena yang memperlihatkan ada bintang di sebelah bulan.
@addienn90 Rugi siapa tak tengok semalam hehe. Takpe boleh tengok ni special untuk awak! Kejadian ini bukanlah super rare. Tak lama lagi ada kejadian yang lebih menarik, 5 planet akan berada selari dengan bulan! 24/4/2023 (2 Ramadan 1444H) Ini hanyalah fenomena Moon & Venus Conjunction #moon #venus #space #stargazing #astronomy #Malaysia
Bagaimanapun, ada yang menyalah tafsir bahawa kejadian itu adalah ‘bintang berekor’ yang kononnya satu petanda akhir zaman. Menurut Ustaz Addien, komen sebegitu membanjiri di profil TikTok miliknya.
Tak sangka pula video saya tentang Moon & Venus conjunction fyp kat Tiktok. Ingatkan fyp sebab apa rupanya ramai gaduh kat komen deme kata dah nak kiamat. Kalau rajin pergilah baca komen ?https://t.co/d4jNkbMcKn pic.twitter.com/Q9l1Nelmi5
— addien90 (@addien90s) March 25, 2023
Disebabkan pelik dengan dakwaan yang diberikan, Ustaz Addien cuba geledah info dan mendapati bahawa ia adalah satu perkongsian daripada individu ini. Dalam perkongsian itu, lelaki berkenaan mengatakan bahawa bintang berekor adalah petanda kiamat. Boleh tengok video disini.
Kata Addien, tidak dinafikan Ad-Dukhan memang legit dan ada disebut dalam hadis-hadis akhir zaman, tetapi berkenaan dengan bintang berekor petanda kiamat itu adalah riwayat palsu.
“Ad-Dukhan memang legit ada disebut dalam hadis-hadis akhir zaman. Itupun ulama’ berbeza pandangan makna ad-Dukhan. Bintang berekor kiamat, keluar imam mahdi lepas bintang berekor etc tu mostly riwayat palsu & munkar. Wasapada dengan al-Qussas (penglipur lara).”
Tak nak ajar orang cara ikat serban sebab nanti orang tu nampak alim
Disebabkan perkongsian itu mendapat perhatian netizen, ada yang kongsikan satu video ustaz tersebut yang didakwa enggan mengajar cara mengikat serban sepertinya sebab…
Terpanggil dengan komen tersebut, Ustaz Addien tayang video itu di Twitter miliknya dan meraih 4,442 retweet selama 2 hari ia dimuat naik, ia pastinya mengundang kecaman netizen.
“Kalau macam ustaz pakai ni tak boleh lah, nanti orang ingat antum (awak) ulama, orang ingat antum orang alim, bila orang tanya nanti antum tak tahu masalah. Kalau antum nak tahu, serban yang ustaz pakai ni, inilah kaedah serban yang dipakai oleh Nabi Yusuf a.s.”
“Kaedah pemakaian serban ini ada banyak, kalau yang lain insyaallah ustaz boleh bagi. Tapi kalau antum nak juga, antum kena belajar dengan ustaz, jadi anak murid ustaz, join seminar ustaz dan telah khatam dan lulus, insyaallah ustaz bagi. Assalamualaikum.”
Dengan kenyataan yang diberikan, Ustaz Addien membuat satu untaian berkenaan dengan sikap sombong seseorang biar apa pun jenis pakaian insan tersebut.
Pakaian apa pun kalau selit rasa sombong, itu haram. Kata Nabi:
الإسبال في الإزار والقميص والعمامة من جر منها شيئا خيلاء لم ينظر الله إليه يوم القيامة
Isbal itu ada pada kain sarung, baju dan serban. Sesiapa
memanjangkannya kerana kesombongan maka Allah tidak memandangnya ….— addien90 (@addien90s) March 27, 2023
Dalam pada itu, Ustaz Addien juga selitkan satu riwayat daripada Abu Daud yang menasihati kita agar tidak merasakan diri lebih bagus daripada orang lain kerana memakai pakaian agamawan. Pakaian itu tidak membezakan darjat sesama umat disisi Allah.