Kalau kita bercakap mengenai sukan lasak, mesti akan terbayang sosok tubuh yang muda dan juga sihat tubuh badan. Lagi-lagi orang muda sekarang makin ramai yang libatkan diri dalam sukan skating.
Zaman sekarang pula, sukan skating semakin membuka mata ramai pihak malah Olimpik 2023 di Paris nanti, pihak penganjur siap nak jadikan sebagai salah satu sukan untuk dipertandingkan!
Tetapi lain pula cerita seorang lelaki yang berusia 76 tahun dan masih lagi ligat bersukan. Bukan itu sahaja, ternyata dia telah mula libatkan diri dengan sukan skating sejak usia 70 tahun! Wah, memang betul usia bukan penghalang ni!
Lelaki yang dikenali sebagai Abdul Rahman Anuar sememangnya seorang yang aktif bersukan sejak berusia 30 tahun lagi. Dia yang merupakan pesara dari Jabatan Operasi Petaling Jaya Castrol turut memberitahu bahawa di usia 50, dia berjaya memperoleh lesen sebagai juruterbang pesawat ultralight.
Surf skating lebih mudah untuk buat flip
Untuk tunjuk rasa cintanya kepada sukan skating, beberapa bulan lepas dia telahpun membeli papan selaju meluncur dan mendapati ianya menarik kerana banyak pusingan dan flip yang boleh dilakukan pada papan selaju meluncur berbanding papan selaju biasa.
“Saya mula suka main skate lepas belajar roller skate.. Masa tu umur saya 70.. 73 saya main skateboard dan sekarang saya dah jatuh cinta dengan surf skating” – Abdul Rahman Anuar
Demi mengasah bakat dan mencuba pergerakan baru, dia sering ke Shah Alam Extreme Park dua kali seminggu untuk beberapa jam dengan lengkap peralatan perlindungan kerana dia juga akur tentang ‘realiti’ usianya yang perlu berhati-hati.
Abdul Rahman juga mengakui bahawa dirinya tidak kekok untuk berada dengan golongan muda malah mereka mengalu-alukan kedatangan dia ke sana. Sokongan yang diterima itu juga telah menguatkan semangatnya untuk mencabar dirinya, menurut malaymail.
Malah, dia juga mengakui dirinya beberapa kali mengalami kecederaan namun perkara itu tidak menghalang dirinya daripada terus libatkan diri dalam sukan lasak kerana itulah minatnya sejak dari dulu lagi.
Min memang kasi big respect lah! Bukan semua orang berani nak main skating ni… Power!
Baca: “Jangan bagi tu kena lantai”- Nampak Macam Best, Kejohanan Belon Dunia Sukan Terbaru Masa Kini