Dapat dilihat usaha selebriti serba boleh, Alif Satar menjalankan kempen #GengSubuhMacamJumaat kini menjadi ikutan ramai.
Ia merupakan satu fenomena yang baik apabila orang ramai sedia memenuhi masjid untuk melakukan ibadah solat secara berjemaah sewaktu Subuh.
Terbaharu, tiga masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mula menggerakkan kempen tersebut bermula 27 Januari ini.
Artikel berkaitan: Demi Imarahkan Waktu Subuh, Masjid Bakal Sediakan Van Untuk Hantar Anak Kariah Ke Sekolah Sesi Pagi
Artikel berkaitan: “Make this movement global” – Inisiatif Subuh Macam Jumaat Alif Satar Dapat Perhatian Muslim Sedunia
Ia akan dilaksanakan di peringkat persekutuan ekoran kejayaan kempen tersebut yang dijayakan oleh Alif dan kejayaan Program Semarak Subuh di Johor baru-baru ini.
@onnhafiz لاحول ولا قوة إلا بالله Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata. Semenjak Masjid Sultan Iskandar didirikan, hari ini merupakan hari pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir. Syukur Alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program #SemarakSubuhJohor #SolatSubuhMacamJumaat bertempat di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur, penyumbang-penyumbang, Saudara Jalil Razak, Acad Rajalawak, Shahrol Shiro dan rakan-rakan pempengaruh lain serta pihak pengurusan masjid yang menjayakan program hari ini. Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #SemarakSubuhJohor #GengSubuhMacamJumaat
Tiga masjid berkenaan ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
“Kita akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang berbuat kebaikan, sebab itu saya mengharapkan golongan belia macam Alif Satar dengan status yang dia ada sebagai selebriti, membawa anak-anak muda ini.
“Datuk Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) dan (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor) Mohd Fared Mohd Khalid pun ada sebut, semasa Menteri Besar hadir (pada Program Semarak Subuh), hampir menitis air mata terharu sebab lihat kebanyakan yang hadir ialah anak-anak muda. Subhanallah,” kata Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
Pada 20 Januari lalu, Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru menerima kehadiran lebih 12,000 jemaah dalam program Semarak Subuh Johor.
Susulan kehadiran jemaah yang terlalu ramai, solat Subuh di masjid tersebut terpaksa dilaksanakan dalam dua sesi dan situasi itu adalah kali pertama berlaku sepanjang sejarah penubuhan masjid berkenaan.
Sumber: Astro Awani, Facebook