in

Upin & Ipin Adalah Propaganda Positif Malaysia Kepada Dunia Luar – Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia

F2 Kpi Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siri animasi Malaysia Upin dan Ipin sememangnya terkenal di negara seberang kita iaitu Indonesia sehinggakan pada tahun lepas, netizen Indonesia pernah geram dengan watak Fizi yang telah menyakitkan hati Upin & Ipin dalam episod Syahdunya Syawal.

Disebabkan pengaruh kartun ini sangat kuat di sana, Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia iaitu Agung Suprio telah menyifatkan bahawa Upin dan Ipin ini merupakan satu bentuk propaganda dari Malaysia. Hah propaganda apa pulak ni? 


Kpi Indo 3

Jangan salah faham sebab sebenarnya Agung Suprio mengatakan bahawa Upin dan Ipin ini boleh dikatakan sebagai propaganda yang positif dari Malaysia, lapor Suara.com. Rupanya dia tengah puji kartun kebanggaan negara kita ni.  

Dia berkata sedemikian dalam satu temu bualnya dengan YouTuber Deddy Corbuzier yang telah ditayangkan di YouTube baru-baru ini. Dalam video tu, Agung berpendapat bahawa Upin & Ipin boleh memperkenalkan Malaysia kepada dunia luar.

Upin & Ipin ini boleh dikatakan sebagai propaganda yang positif. Ia boleh memperkenalkan budaya Malaysia yang sopan, ramah, beragama dan pelbagai budaya kepada dunia luar,” katanya.

Kpi Indo 2

Boleh tonton video yang berdurasi hampir satu jam itu di YouTube.

Selain itu, dalam video yang sama juga, dia juga menjelaskan bahawa kos yang tinggi dalam pembuatan animasi telah menyukarkan Indonesia untuk menghasilkan siri animasi mereka sendiri walaupun bakat dalam bidang animasi di negara itu tidak kurang hebatnya.

Jadi, bagi stesen televisyen Indonesia, beli siri animasi dari luar adalah lebih murah kosnya berbanding kos yang perlu dikeluarkan oleh mereka jika dihasilkan oleh orang tempatan di sana.

Sumber: Suara.com, YouTube Deddy Corbuzier 

Baca: “Mana Upin Ipin?”- Jalan Kaki 2 Minit Masuk Malaysia, TikTok Lelaki Indonesia Buat Netizen Geli Hati

Kpi Indo 1

Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.