in

Upah Penduduk Jadi ‘Transporter’, Taktik Penyeludupan Dadah Di Sempadan Berjaya Dihidu Pihak Berkuasa

Transporter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sindiket penyeludupan dadah di Perlis kini semakin licik apabila menggunakan pelbagai taktik termasuk nombor pendaftaran palsu, pengubahsuaian kenderaan dan merekrut penduduk tempatan sebagai ‘transporter’ untuk melalui laluan tikus.

Mereka juga berani menggunakan laluan rasmi seperti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar dan Wang Kelian sebagai pintu masuk utama dari negara jiran.


Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, memaklumkan sebanyak 82 individu termasuk 16 warga Thailand telah diberkas antara 2024 hingga Mei lalu hasil daripada 122 kes penyeludupan yang berjaya dipatahkan.

Antara dadah yang dirampas termasuk syabu, heroin, ganja, pil yaba, erimin 5 serta air dan daun ketum, dengan nilai rampasan mencecah RM17.9 juta.

Screenshot 2025 08 03 at 1.01.23 PM

Artikel berkaitan: Insiden Bot Terbalik Di Pulau Perhentian, Pemandu Positif Dadah Direman 3 Hari

Artikel berkaitan: “Mungkin hatinya senang” – Komander Penjara Kongsi Eda Ezrin Tidak Lagi Murung, Makin Berisi, Sihat Dan Cantik

Beliau turut menjelaskan sindiket juga menggunakan laluan laut seperti di Sungai Baru, Kuala Perlis dan Sanglang dengan bot berkelajuan tinggi untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Dalang utama dipercayai berpangkalan di luar negeri dan berkolaborasi dengan sindiket antarabangsa dari negara jiran.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, polis berjaya menumpaskan 13 sindiket dadah di Perlis dan zon utara, namun tiada makmal pemprosesan dadah dikesan.

Setakat ini, dadah seperti fentanyl atau ‘dadah zombi’ belum dirampas di negeri itu, tetapi pihak polis terus menjalankan risikan terhadap potensi kemasukan dadah baharu.

Polis turut mengesan segelintir masyarakat sempadan kurang memberi kerjasama kerana faktor kekeluargaan dengan penduduk negara jiran.

Teknologi komunikasi canggih turut menjadi cabaran besar kepada PDRM, namun pihak berkuasa memberi amaran keras bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah atau jenayah berkaitan.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.