Bekerja dalam industri servis sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika berhadapan dengan pelanggan yang bermacam-macam kerenah.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang gadis diganggu oleh satu individu yang mendakwa dirinya komando. Situasi tersebut dirakamkan oleh gadis tersebut kerana dia sudah mula rasa tidak selesa.
Artikel berkaitan: Lelaki Dakwa Diri Komando Mencarut Lepas Mengurat Gadis Tapi Tak Dilayan
Artikel berkaitan: Tular Gadis Kena Bebel Dengan Bakal Mertua Sebab Suka Buat Content, Doktor Dedah Rupanya Ada Plot Twist?
Video berkenaan menjadi bualan ramai sehinggakan ada yang risau akan keselamatan gadis berkenaan.
Pun begitu, ada juga beberapa orang netizen yang berkata gadis itu terlalu ‘melayan’ individu terbabit dan disebabkan itu dia diganggu.
Terbaru, gadis yang bekerja sebagai ejen insuran kenderaan itu menerusi TikTok miliknya @ailaa.z menjelaskan perkara sebenar yang terjadi pada ketika itu.
@ailaa.z I hope that this video clarifies, and the other two will serve as a reminder to all women out there. ??????
“Anggota tu ialah customer Aila, at first Aila buat kerja tu macam biasa je lepas tu ada beberapa perkataan yang dia cakap buat Aila tak selesa, sebab tu Aila rekod,” katanya.
Menurutnya, situasi ketika itu pada mulanya masih terkawal kerana ada beberapa lagi rakan kerjanya namun ianya menjadi bertambah ‘melalut’ selepas rakannya itu pulang dan dia sedang bersendirian.
Dia berkata tujuan dia memuat naik video tersebut untuk menyebarkan kesedaran buat pekerja sepertinya, lebih-lebih lagi buat kaum Hawa.
Gadis itu turut berkongsi mengapa dia tersenyum pada ketika itu ialah kerana dia hanya menghormati individu tersebut sebagai pelanggan dan ia juga bagi memastikan dia dalam keadaan yang selamat.
“Since video ni dah viral, pihak atasan anggota tu dah jumpa Aila, dah minta maaf bagi pihak anak buah dorang.
Walaupun Aila takde mention nama atau post muka anggota tu, tapi dorang kenal anak buah dorang. Lepas viral video tu dorang terus datang minta maaf,” katanya lagi.
Difahamkan, individu tersebut telah pun dilarang untuk datang berurusan di premis tersebut dan jika dia datang ke situ, pihak atasan meminta gadis berkenaan untuk menelefon polis.
Take care gadis di luar sana!
Sumber: TikTok