in

“Untuk baby” – Raja Permaisuri Agong Teruja Uyaina Arshad ‘Pregnant’, Beri Hadiah Wang Tunai

Agong 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Yang Di-pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong telah membuat lawatan Seri Paduka Baginda di Media Prima. Kalau korang perasan malam tadi pun, siaran ‘Buletin TV3’ telah ditukar ke ‘Buletin Diraja’ yang mana kedua-dua baginda telah menjadi pembaca berita.

Pun begitu, melalui satu hantaran video yang dimuat naik oleh Uyaina Arshad di X, dia memberitahu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan memberikannya wang tunai sebaik dia memaklumkan dirinya sedang berbadan dua.


“Duit bukan untuk I lah, untuk baby”

Dalam video tersebut, Uyaina pada ketika itu sedang bercakap dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bahawa dia sedang mengandung lalu, baginda yang nampak teruja terus memberikan wang ringgit kepada pengacara tersebut. Namun, jumlah yang yang diterima tidak dinyatakan oleh Uyaina.

Wehhhh Raja Permaisuri Agong bagi I duit sebab mengandung.But bukan untuk I laaaa. Untuk baby  Nak simpan lah duit ni. Jadikan ibu duit supaya duit baby I boleh beranak pinak.

Artikel berkaitan: Raja Permaisuri Agong Ambil Anak Istimewa Hidap Sindrom Werewolf Di Sarawak Sebagai Anak Angkat

Artikel berkaitan: Raja Permaisuri Agong Ucap Tahniah, Roti Canai Dinobat Roti Terbaik Di Dunia

Uyaina juga meminta baginda Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendoakannya supaya dipermudahkan urusan.

Raja Permaisuri Agong sensitif bab mengandung

Di ruangan balas, rata-rata warganet terharu melihat situasi dalam video tersebut. Mereka memuji Raja Permaisuri Agong yang dikatakan sangat memahami perasaan ibu mengandung.

Agong 1 Agong 2

Selain itu, ada juga warganet yang berseloroh ketika melihat situasi dalam video. Ada juga yang mendoakan kedua-dua baginda dimurahkan rezeki.

Agong 4 Agong 3

Wah, rezeki Uyaina dan baby! Moga Yang Di-pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dimurahkan rezeki!

Sumber: X, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.