in

“Unik sangat material” – Rumah Ini Dibina Guna Batu Nisan Kitar Semula, ‘Walkway’ Pun Dari Bahan Sama!

Tombstone House

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kebanyakan orang, tinggal berhampiran tanah perkuburan adalah sesuatu yang menakutkan. Tapi, macam mana pulak kalau rumah itu sendiri yang dibina dengan menggunakan batu-batu nisan?

Menyeramkan dan memang lain daripada lain!


Itu adalah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan sebuah rumah di Amerika Syarikat ini yang dibina menggunakan batu nisan bersejarah yang dikitar semula. Terletak di Petersburg, Virginia, The Tombstone House sudah wujud semenjak tahun 1930-an lagi.

35C3Beef 7Efa 43C3 B234 202F9E28E9Dc E1635048537346

Lapor portal Mirror, sekali pandang, rumah ini nampak seperti rumah batu biasa saja tapi ternyata ia bukanlah hanya batu biasa.

Untuk pengetahuan, kesemua batu-batu yang digunakan dalam pembinaan rumah ini sebenarnya adalah sebahagian daripada batu-batu nisan milik askar Union yang meninggal dunia semasa Pertempuran Petersburg yang merupakan sebahagian daripada Perang Saudara Amerika (1861-1865).

Depositphotos 70980175 M 2015 E1635048673217
Gambar hiasan

Difahamkan, kesemua batu-batu nisan yang digunakan dalam pembinaan rumah ini adalah satu usaha pihak kerajaan untuk mengitar semula batu marmar yang digunakan dalam penghasilan batu nisan.

Menurut portal Only In Your State, askar-askar Union yang terkorban semasa Pertempuran Petersburg dikebumikan di Poplar Lawn Cemetery. Apabila penanda kubur yang diperbuat daripada kayu mula mereput, kerajaan mengkomisenkan pembinaan batu nisan daripada batu marmar buat kubur-kubur ini.

Pun begitu, semasa Great Depression berlaku, kerajaan tak lagi mampu untuk membayar penyelenggaraan batu-batu nisan ini. Akhirnya, mereka dipotong separuh dan bahagian atasnya diletakkan di atas tanah sebagai penanda kubur. Manakala bahagian bawahnya pula dilelong dengan harga $45 setiap satu.

40654976180 F529Ccfdb8 B E1635048769564

Pemenang lelongan 2,200 bahagian bawah batu nisan ini, Oswald Young, kemudiannya menggunakan bahan-bahan itu untuk membina rumah berkenaan. Selain itu, bahagian batu-batu nisan yang dimenangi Young turut digunakan dalam penghasilan walkway kecil yang menuju ke rumah berkenaan.

Sumber: Mirror, Only In Your State

Baca: Lelaki Bina Rumah Berpusing Gara-gara Isteri Merungut Bosan Tengok Pemandangan Sama

F3 Rumah Berpusing E1635047382809

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.