in

Unik! LRT Di China Ini Melintasi Bangunan Apartment, Siap Ada Stesen Berhenti Lagi!

Nrterwthmhfgdsbf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah tentu pengangkutan awam mampu memudahkan rutin seharian kita dan tambahan pula menjimatkan kos. Rata-rata daripada kita juga mesti akan sedaya-upaya untuk mencari penempatan yang berdekatan dengan akses pengangkutan awam seperti tren, bas dan LRT.

Sebab itulah kalau di bandar besar seperti di Kuala Lumpur ini, asalkan rumah yang dekat dengan pengangkutan awam ini mesti harga sewaan ataupun bayaran bulanan menjadi melambung tinggi! Yelah nak senang kena banyak berkorban…


Tapi, korang nak tahu tak sebenarnya ada sebuah LRT di China yang melintasi bangunan apartment dan paling best siap ada stesen berhenti lagi!

Jom min kongsikan…

LRT di China melintasi bangunan apartment, siap ada stesen berhenti lagi!

Kalau di Malaysia, kebanyakan daripada kita akan memandu ke stesen LRT dan memarkir di kawasan tersebut sebelum menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Kalau yang duduk berhampiran stesen pun sekurangnya kenalah berjalan lah sikit dalam 200-300 meter ke stesen dari tempat tinggal.

Namun, berbeza pula dengan sebuah stesen LRT yang terletak di Chongqing, China yang pernah mencuri tumpuan warganet apabila laluan LRT tersebut melintasi 19 tingkat bangunan apartment yang dilihat mampu memberi kemudahan kepada penduduk apartment di sana. Yela, siap ada stesen berhenti lagi dalam tu!

Westbound Platform Of Liziba Station 20180217190624

Stesen Liziba itu difahamkan turut berhenti di dalam bangunan apartment dimana ia terletak di tingkat 6 hingga 8 dan penduduk di atas hanya perlu turun atau naik sahaja sekiranya ingin menggunakan pengangkutan awam tersebut.

Penduduk tak rasa bising ke?

Sudah tentu bila berdekatan dengan pengangkutan awam ni mesti perkara yang kita kena ambil kira adalah masalah pencemaran bunyi. Lebih-lebih lagi seperti LRT ini yang melalui dalam apartment pula tu…Tak bising ke?

640Px 李子坝站轻轨穿楼 0023

Sepanjang 13 tahun pengoperasian stesen ini, semua penduduk di sana dikatakan sudah terbiasa dengan persekitaran yang berlaku dan hanya menutup telinga sahaja kerana mereka menganggap ia perkara yang biasa bila tinggal berdekatan dengan stesen LRT.

Kata penduduk juga, bunyi tren tersebut dikatakan tidak terlalu bising dan hanya kira-kira 60 decibels dimana ia bersamaan dengan bunyi mesin basuh ataupun orang sedang bercakap. Wow biar betul!

Cover 44

Selain daripada itu, sebenarnya kawasan sekeliling tersebut dibina dengan bahan yang direka khas untuk mengurangkan pencemaran bunyi dan gegaran. Sementara itu juga, operasi LRT tersebut hanya berjalan pada waktu siang dimana kebanyakan orang di tempat kerja dan dikendalikan dengan kelajuan yang minimum.

Idea di sebalik stesen unik itu!

Ye Tianyi merupakan seorang yang bertanggungjawab menjalankan projek pembinaan Stesen Liziba itu mengatakan bahawa idea tersebut tercetus kerana kawasan tersebut tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk menghubungkan kawasan lain dan dia terpaksa berunding dengan sebuah pengurusan hartanah apartment tersebut sebagai alternatif.

“Pada awalnya ia amat sukar bagi saya untuk merancang pembinaan tersebut kerana perlu mengambil kira banyak faktor.”

“Salah satu kebaikan yang ada pada tren ini adalah penduduk tidak perlu meninggalkan bangunan mereka untuk ke stesen lebih-lebih lagi hujan lebat sering berlaku di wilayah Chongqing. Ini sangat memudahkan urusan mereka.”

Daerah Chongqing atau dikenali sebagai ‘Mountain City diduduku 46 juta penduduk dengan keluasan 31,000 kaki yang memaksa para jurutera dan arkitek untuk berfikiran kreatif bagi menangani masalah kepadatan penduduk yang kritikal di Chongqing.

Stesen Liziba dibuka untuk orang ramai pada tahun 2005 dan pernah mendapat perhatian warganet pada tahun 2013 dan 2014 termasuklah beberapa media dan pelancong yang sanggup ke sana untuk melihat sendiri keunikan stesen Liziba yang tiada di negara lain.

01 23

Wah min pun teringin nak tengok!

Baca: “Dulu padang jarak padang terkukur” – Stesen Metro Caojiawan Di China Tarik Perhatian Netizen!

Screenshot 2022 11 01 At 1.21.13 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.