in

Unifi Mobile Tawar Data 5G 200GB Hanya RM1 Sebulan

Ft Unifi Mobile

Perasan tak ada perarakan Unifi Mobile dekat Bukit Bintang baru-baru ini? Ramai jugak yang sertai perarakan yang bertujuan untuk mempromosikan tawaran terbaru Unifi Mobile, buat pelanggan UNI5G Postpaid 39 iaitu Pas Data Bulanan 200GB dengan hanya RM1 sempana Hari Merdeka.

Unifi Mobile baru-baru ini mengumumkan tawaran terbaharu buat pelanggan UNI5G Postpaid 39 iaitu promosi Pas Data Bulanan 200GB dengan hanya RM1 yang pastinya merupakan nilai tambah yang menarik buat para pelanggan setia mereka.

Dengan penambahan baharu ini, pelanggan UNI5G Postpaid 39 boleh menikmati 200GB data 5G tambahan setiap bulan, di samping 30GB data 5G dan juga 4G serta panggilan tanpa had sedia ada.

Apa yang pasti, penambahan 200GB data ini bakal memberikan lebih kebebasan buat para pengguna pelan sedia ada untuk menstrim kandungan, melayari internet dan kekal berhubung tanpa sebarang gangguan, memenuhi keperluan pengguna digital masa kini.

Merdeka2024 Kv Rgb Bm

Dalam pada itu, pelanggan Unifi Mobile baharu dan sedia ada boleh melanggan tawaran ini melalui aplikasi Unifi Mobile dan tambahan data ini akan diperbaharui secara automatik setiap bulan, jadi pengguna tidak perlu risau dengan adanya akses data yang berterusan ini.

Menurut Jasmine Lee, Ketua Pegawai Komersial Unifi, Segmen Pengguna, pihaknya teruja untuk memperkenalkan Pas Data 5G Bulanan 200GB ini bagi meningkatkan pengalaman mudah alih pelanggan dengan nilai yang tidak tertanding.

448098615 849583450531763 1755168689689471771 N

Mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat, menurut Jasmine lagi, pelan ini direka bagi memenuhi keperluan pengguna yang mungkin baharu sahaja memulakan pelan pascabayar dan golongan profesional muda yang rata-rata bergantung sepenuhnya pada sambungan mudah alih untuk keperluan rumah, kerja dan hiburan dan secara tak langsung dapat memanfaatkan keupayaan 5G sepenuhnya dalam kehidupan seharian.

Dalam pada itu, tawaran hebat ini memastikan pelanggan boleh menstim kandungan dengan lancar, memuat turun fail-fail besar dengan pantas selain kekal berhubung dengan rakan dan keluarga tanpa perlu risau tentang had data.

Dengan hanya RM1 sebulan, Pas Data Bulanan 5G 200GB ini sememangnya menawarkan nilai yang hebat dan membolehkan pengguna untuk memanfaatkan penggunaan data mudah alih pada harga yang rendah.

Img 1419

Selain itu, bagi terus menyokong para pelanggan, Unifi Mobile turut melancarkan siri Sembang Seringgit di platform media sosial mereka yang akan menampilkan KOL yang akan membincangkan keseimbangan kehidupan bekerja dan juga petua belanjawan.

Tambah Jasmine, pihaknya juga akan membawa Seringgit Challenge di mana trak Unifi Mobile akan melawat komuniti setempat sambil menawarkan aktiviti yang menyeronokkan dan hadiah-hadiah yang istimewa.

Menurutnya, tawaran baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat tersebut untuk menyediakan penyelesaian inovatif yang bernilai, memenuhi keperluan digital pelanggan yang semakin berkembang dan memastikan akses 5G lebih meluas.

Dalam masa yang sama, ia juga menyokong matlamat syarikat berkenaan untuk menjadi Digital Powerhouse menjelang 2030, membolehkan Malaysia lebih digital.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi unifi.